Gaya Hidup di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan kembali lagi. Ia adalah bulan yang dinanti-nanti ramai penganut agama Islam untuk melakukan amal ibadah dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan. Impian untuk menurunkan berat badan di bulan Ramadhan boleh terlaksana jika anda mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula dan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang. (1)

 

Kita cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak terutamanya ketika lapar. Apatah lagi sewaktu di bulan puasa, nafsu makan memang cukup tinggi. Oleh itu anda perlu beri perhatian kepada saiz hidangan yang bakal dijamah terutamanya ketika berbuka puasa. Elakkan membeli makanan yang tidak perlu di bazaar Ramadhan dan mengikutkan hawa nafsu.  (1)

 

Bagi yang gemar bersukan dan sentiasa aktif, siapa kata anda tidak boleh meneruskan kegiatan anda di bulan puasa? Walaupun berpuasa, aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan namun lebih baik dilakukan secara sederhana. Untuk mengelakkan dehidrasi, jangan lakukan aktiviti berat atau di bawah panas terik. (2)

 

Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini anda dapat menjalani ibadah yang lebih sempurna dan berkualiti dan impian anda untuk menurunkan berat badan tercapai dengan pemilihan makanan yang sihat lagi berkhasiat!

 

Rujukan:

 1) http://www.myhealth.gov.my

 2) hmetro.com.my

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}