Fakta Menarik Tentang Anak Kembar

Seronoknya jika mempunyai anak kembar. Mereka boleh bermain bersama-sama, memakaikan pakaian yang sama, dan saling jaga menjaga bersama-sama apabila besar kelak. Orang kata kadang-kadang perangai pun akan jadi sama. Betul ke semua fakta tersebut?

Jom ketahui 5 fakta menarik tentang pasangan kembar.

 

Fakta menarik tentang anak kembar

Ada banyak sebenarnya kepercayaan tentang anak kembar ini. Ada yang betul tetapi ada juga hanya lah kepercayaan semata-mata. Ayuh kita ketahui 5 fakta menarik tentang pasangan kembar ini.

 

  1. Cap jari tidak sama

Kalau kembar semua benda sama kah? Tidak semestinya. Walaupun pasangan kembar memiliki raut wajah yang hampir seiras, namun itu tidak bermakna bahawa mereka turut akan mempunyai cap jari yang serupa.

Cap jadi tidak terhasil berdasarkan DNA semata-mata. Ketika dalam kandungan, kedua-dua pasangan kembar akan bermula dengan cap jari yang sama. 

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-6 hingga ke-13 kehamilan, ketika bayi mula bergerak, mereka akan menyentuh kantung amniotik dan garisan unik dan ridges akan mula terbentuk. Keadaan ini sekali gus akan menghasilkan cap jari yang berbeza (1).

2. Imej cermin kembar seiras

Jika pasangan kembar seiras melihat pasangan mereka, ia seperti melihat imej diri sendiri di cermin. Ini kerana mereka dikatakan mempunyai ciri asimetri terbalik. Apakah maksudnya itu?

Kira-kira 25% kembar seiras membesar secara menghadapi antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menjadi seperti pantulan. Salah seorang mungkin menulis tangan kanan dan seorang tangan kiri, tanda lahir pula bertentangan antara satu sama lain.

Keadaan seperti itu berlaku apabila kembar berpisah daripada 1 telur yang disenyawakan setelah seminggu lebih tempoh kesuburan – waktu sperma bergerak melalui faraj ke dalam rahim dan menyuburkan telur di dalam tiub fallopian.

3. Wanita melahirkan anak kembar lebih panjang usia?

Melalui kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B memfokuskan pada populasi wanita pada tahun 1800-an di Utah. 

Kajian itu mendapati wanita yang melahirkan anak kembar mempunyai tahap kesihatan yang baik dan kuat, sekali gus menjadikan mereka lebih berkeupayaan untuk hidup lebih lama.

Walau bagaimanapun, disebabkan kajian tersebut dilakukan pada sekitar tahun 1800-an, di mana kaedah IVF tidak wujud lagi, maka kajian ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

4. Produk tenusu tingkatkan peluang

Dalam kajian lain yang dilakukan Dr Gary mendapati wanita yang mengambil lebih banyak produk tenusu akan meningkatkan peluang untuk mengandung identical twin.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Reproductive Medicine melibatkan ibu-ibu vegan dan ibu-ibu bukan vegan. Dikatakan wanita yang lebih banyak mengambil produk tenusu seperti susu adalah 5x lebih berkemungkinan mempunyai kembar.

Haa…jadi sekiranya anda mengimpikan untuk mempunyai bayi kembar, mungkin anda boleh mencubanya, okay?

5. Berinteraksi dalam rahim

Pada 2011, saintis di Umberto Castiello dari University of Padova di Italy mengkaji video 3D kembar di dalam rahim ibu mereka. Hasil kajian itu mendapati pada minggu ke-14 kehamilan, bayi kembar dilihat mencapai satu sama lain. 

Manakala pada minggu ke-18, mereka dilihat lebih kerap menyentuh satu sama lain berbanding menyentuh badan mereka sendiri. Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mengatakan berdasarkan rakaman analisis kinematik menunjukkan kembar melakukan isyarat berbeza antara satu sama lain.

 

Rujukan:

1. HelloDoktor.com

2. Healthline.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}