Faedah Bercucuk Tanam

Pernahkah anda terfikir untuk menanam sendiri sayur-sayuran atau buah-buahan yang anda makan? Tidak kira di mana anda tinggal sama ada di bandar mahupun di desa, bercucuk tanam boleh dilakukan di mana sahaja walaupun di ruang yang cukup terhad.

 

Selain dapat memastikan kesegaran,keselamatan dan kebersihan makanan, ada banyak lagi faedah yang bakal anda nikmati daripada aktiviti ini.

 

Bercucuk tanam juga adalah sunnah dan amat digalakkan di dalam Islam. Bukan sahaja manusia mendapat manfaat daripada hasilnya malah ganjaran pahala juga menanti jika hasil tanaman dimakan oleh sebarang makhluk.  Hasil pertanian juga boleh memenuhi keperluan agama, mental dan fizikal. Keselamatan dan kemajuan sesebuah negara juga berkait rapat dengan pertanian. Pendek kata, hidup tidak boleh diteruskan tanpa pertanian.

Demi kebaikan manusia sejagat, bidang pertanian amatlah berbaloi untuk diterokai. Kajian juga perlu dijalankan untuk meningkatkan kepelbagaian dan manfaat hasil pertanian sebagai suatu sumber bahan semula jadi yang boleh memberi manfaat dalam bidang perubatan dan pemakanan.

 

Rujukan:

http://aies.usim.edu.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}