Elakkan Wajah Kelihatan Letih

Tiba di pejabat dengan penuh rasa semangat untuk memulakan hari dengan jayanya namun tiba-tiba seorang rakan kerja menegur anda,

“Eh awak okay? Muka nampak penat je”,

Dengar sahaja ia tentu mengganggu perasaan dan semangat membara tadi terus menjunam jatuh kebawah. Kebiasaannya wajah kelihatan penat akibat kulit kusam dan lingkaran hitam disekeliling mata.

Ayuh ketahui 3 cara yang boleh anda lakukan untuk mengubah wajah keletihan itu kepada wajah cerah, sihat dan bertenaga!

 

  1. ELAK TEKAN BUTANG ‘SNOOZE’

 

Jika anda sering mengambil masa yang lebih untuk bangun pagi dengan kerap menekan butang ‘snooze’, BUANG tabiat itu, kerana ia menyebabkan wajah anda tampak lebih penat.

 

Sebaliknya terus bangun dan cuba cara ini (1):

 

  1. Sejukkan sudu didalam peti ais semalaman
  2. Bangun tidur ambil sudu sejuk dan tekan dengan lembut pada bahagian bawah mata
  3. Cara ini bagus untuk mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam pada mata.

 

  1. DAPATKAN VITAMIN D PERCUMA DENGAN MATAHARI!

 

Semua orang suka benda yang percuma! Apatah lagi jika ianya menyihatkan. Ketika dalam perjalanan ke pejabat, cuba dedahkan diri anda dengan sinaran matahari kerana ia mengandungi vitamin D yang bagus untuk kulit.

 

Kajian turut mendapati mendedahkan kulit dengan sinaran matahari pada waktu pagi selama 10-15 minit mampu melepaskan endorphin yang baik untuk meningkatkan tenaga dan mood anda. Ia juga membuang melatonin (hormon penyebab mengantuk) sekaligus menaikkan seri wajah anda agar tidak nampak letih! (2).

 

  1. URUT WAJAH ANDA

 

Wajah anda juga kadang kala perlu dimanjakan. Dengan hanya melakukan urutan wajah menggunakan pencuci atau pelembab muka anda mampu meningkatkan peredaran darah, membekal oksigen untuk sel anda dan memberi menaikkan seri wajah serta merta (3).

 

Urutan wajah juga mampu membentuk tulang pipi anda. Lebih elok, urut selama 60 saat menggunakan LUSTRE FRESH CLEANSER dan LUSTRE FRESH TONER.


 

 

Kandungan kedua produk kecantikan MyLustre ini juga mengandungi bahan seperti minyak Rose Hip, Beta Glucan, intipati buah-buahan dan lavender yang terbukti berkhasiat dalam membersih dan menaikkan seri wajah.

 

 

Rujukan:

  1. https://www.cosmopolitan.com/uk/beauty-hair/a9975369/how-to-energise-skin/
  2. https://medlineplus.gov/ency/anatomyvideos/000125.htm
  3. https://www.healthista.com/how-to-get-glowing-skin-3-minute-brightening-face-massage/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}