Elak Diabetes dengan Menjauhi 7 Makanan Ini!

Elak Diabetes dengan Menjauhi 7 Makanan Ini!

Secara umumnya, semua jenis makanan boleh mengakibatkan diabetes jika diambil berlebihan. Namun terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan gula sehingga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes. Antaranya:

1.     Nasi dan roti putih

Merupakan makanan ruji orang Asia, nasi mengandungi serat yang rendah dan karbohidrat yang tinggi. Ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Begitu juga dengan roti.

 2.     Makanan yang mengandungi lemak trans

Lemak trans terhasil daripada penambahan molekul hydrogen terhadap asid lemak tidak tepu. Antara makanan yang mengandungi lemak trans ialah seperti biskut kering, krimer, mentega dan juga mufin. Lemak trans biasanya berfungsi untuk memanjangkan tempoh sesuatu produk. Lemak trans tidak ada kaitan dengan kenaikan gula dalam darah, namun ia boleh meningkatkan lemak perut dan juga kerintangan insulin.

 3.     Bijirin sarapan

Walaupun terdapat bijirin sarapan yang dibuat secara sihat, kebanyakannya pula diperbuat daripada bahan yang diproses dan juga karbohidrat. Bijirin jenis ini tidak akan mengenyangkan anda kecuali jika diambil dalam jumlah yang banyak. Hal ini boleh meningkatkan paras gula dalam badan. Jika anda sudah mengalami diabetes, pengambilan makanan ini boleh meningkatkan paras gula dengan mendadak.

4.     Kopi berperisa

Menurut kajian sebelum ini, jika anda mengambil kopi dalam kadar yang disarankan, ia boleh mengelakkan diabetes. Namun sebaliknya jika anda menikmati secawan kopi berperisa. Ini kerana kopi berperisa mengandungi gula yang cukup tinggi. Hal ini boleh menyebabkan kegemukan dan juga diabetes.

 

5.     Makanan ringan

Makanan ringan seperti keropok dan biskut mengandungi karbohidrat cepat serap dan rendah kandungan nutrisi. Ini menyebabkan peningkatan gula dengan mendadak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat pada tahun 2013, kandungan karbohidrat makanan ringan jauh lebih tinggi berbanding apa yang tertulis pada labelnya. Lebih baik anda memakan kekacang untuk mengalas perut yang lapar.

 

6.     Kentang goreng

Sebiji kentang mengandungi 33 gram karbohidrat dan 4 gram serat. Apabila digoreng dalam minyak panas,ia bukan sahaja boleh mengakibatkan diabetes malah boleh menghasilkan kompaun berbahaya seperti advanced glycation end product (AGE) yang boleh mempercepatkan penuaan dan meningkatkan keradangan. Setiap makanan yang bergoreng mempunyai risiko ini.

 

7.     Jus buah-buahan

Ramai beranggapan jus buah baik untuk kesihatan. Namun jika ia mengandungi gula tambahan, anda perlu mengelakkannya jika tidak mahu diabetes. Hal yang sama juga bagi jus yang tidak ditambah gula. Kebanyakan jus buah mengandungi fruktosa dan ia sering dikaitkan dengan kerintangan insulin.

 

Kesimpulannya, anda perlu mempertimbangkan jenis makanan yang anda ambil setiap hari jika anda ingin menghindari diabetes dan juga lain-lain masalah kesihatan. Ambillah makanan yang mengandungi protein dan serat pada kadar yang disarankan bagi memperolehi nutrisi yang mencukupi.

 

 

Sumber: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published