Durian Belanda: Buah Versatil Kaya Dengan Khasiat

Durian Belanda (Soursop) ialah tumbuhan berasal dari benua Amerika Selatan. Ia mendapat nama Durian Belanda kerana bentuk fizikalnya yang berwarna hijau dan mempunyai duri seakan ‘Raja Buah’, durian. Manakala perkataan Belanda diberikan kerana tumbuhan ini mula dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh Penjajah Hindia-Belanda (Sepanyol) pada abad ke-19.

 

 

Durian Belanda adalah buah yang begitu versatil kerana khasiatnya terkandung bukan sekadar pada isinya malah kulit, daun dan bijinya juga. Selain daripada dimakan terus ia juga dijadikan dalam bentuk manisan, ‘smoothie’, pencuci mulut, aiskrim dan yang terbaik ialah bentuk jus kerana kandungan kurang gulanya.

 

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Kehebatan sesuatu buah itu terletak pada khasiat kandungannya. Durian Belanda sememangnya hebat kerana khasiatnya yang mengagumkan dan disokong oleh kajian sains.

Durian Belanda terkenal kerana mempunyai kandungan anti-kanser semulajadi yang kuat. Kajian makmal keatas sel kanser payudara dan hati mendapati kandungan acetogenins dalam Durian Belanda bertindak selaku pembunuh sel kanser tanpa menjejaskan sel baik dalam badan (1).

 

 

Ekstrak daun durian belanda adalah antihelmintik semulajadi (biasa dijumpai dalam ubat cacing) yang mampu membunuh pelbagai jenis parasit dan cacing dalam perut (2). Malah ia dikatakan lebih kuat kerana mampu membunuh cacing dewasa dan larvanya sekali.

Pengambilan durian belanda juga membantu mengurangkan kesan negatif akibat kortisol yang tinggi. Kortisol terhasil jika kita berada dalam keadaan stress. Biarpun kortisol mempunyai kepentingan untuk kesihatan menyeluruh namun jumlah kortisol yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti insomnia, kemurungan dan membantutkan tenaga seksual (3).

 

Inferensi Durian Belanda

 

Buah menakjubkan ini perlu dijadikan sebagai menu harian kita kerana khasiatnya yang pelbagai. Terbukti berkesan mencegah kanser, membunuh parasite, mengawal hormon stress dan kemurungan, durian belanda turut membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi sistem saraf kita.

 

 

Jika anda mendapati agak sukar untuk membeli atau menyimpan buah durian belanda kerana sifat buah yang cepat rosak, anda boleh sahaja mengamalkan Jus BerQah yang mengandungi khasiat durian belanda dan sembilan jenis bahan lain termasuklah bidara, madu, halia, guarana, goji, manggis, buah tinn, zaitun dan dong quai.

 

Rujukan:

  1. http://file.scirp.org/pdf/JCT_2013090411473416.pdf
  2. http://www.usa-journals.com/wp-content/uploads/2014/09/Kedari_Vol210.pdf
  3. https://www.naturalfoodseries.com

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}