Ditindih Ketika Tidur? Ketahui Penjelasan Dari Perspektif Saintifik

Sebahagian daripada kita tentu pernah mengalami situasi ‘ditindih’ ini. Kita sedar apa yang sedang berlaku tetapi badan tidak boleh bergerak seolah-olah dihempap sesuatu, menjerit pun tak keluar suara. Ada juga yang bercerita mereka berhadapan dengan lembaga menakutkan atau mendengar suara yang menyeramkan.

Keadaan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira kaum atau budaya. Ianya digelar sleep paralysis (kelumpuhan tidur) iaitu kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur (2). Sebelum itu, ingin kami tekankan ini adalah pandangan saintifik dan tidak mengatakan pandangan lain adalah salah atau palsu.

 

Fahami Fungsi Otak Dan Badan Ketika Tidur

Untuk memahami mengapa kelumpuhan tidur berlaku anda perlu memahami bagaimana otak dan badan bekerja ketika tidur.

Untuk memahami mengapa keadaan ini terjadi, kita hendaklah melihat bagaimana otak dan badan kita berfungsi ketika tidur terlebih dahulu. Tidur terbahagi kepada 2 iaitu;

1. Rapid Eye Movement (REM) Sleep

2. Non-Rapid Eye Movement (NREM) Sleep

Kedua-dua jenis ini membentuk kitaran tidur manusia. Terdiri daripada 5 peringkat iaitu bermula dengan 4 fasa tidur NREM dan diakhiri dengan 1 fasa tidur REM yang berulang sepanjang malam.

  1. Fasa tidur NREM– Tidur-tidur ayam.
    2. Fasa tidur NREM– Badan bersedia untuk memasuki peringkat tidur lena.
    3. Fasa tidur NREM – Tidur lena bermula.
    4. Fasa tidur NREM – Tidur sangat lena dan berterusan.
    5. Fasa tidur REM    – Gelombang otak pada ketika ini sangat aktif. Mata tetap tertutup namun ia bergerak secara pantas ke pelbagai arah yang mungkin disebabkan oleh aktiviti otak dan mimpi yang berlaku (1).

Perlu diketahui pada fasa tidur REM otot badan kita menjadi lumpuh agar kita tidak terpengaruh dan bertindak mengikut aktiviti atau mimpi yang berlaku dalam otak ketika tidur. Ini sekaligus mengelakkan daripada berlaku kemalangan akibat pergerakan bahaya ketika tidur. Bayangkan anda bermimpi sedang berenang di lautan dan otot anda tidak dilumpuhkan, alamatnya terjatuh lah anda daripada katil.

 

Kenapa Anda ‘Ditindih’ dan Situasi Mistik Itu Muncul?

Jika anda pernah ditindih itu bermaksud anda telah terjaga sebelum fasa REM selesai. Ia bermaksud, otak anda sudah terjaga, namun otot badan masih lagi dalam keadaan tidur. Apabila ini berlaku anda tidak mampu bergerak atau mengeluarkan suara walau sedaya upaya anda lakukan. Kepada yang tidak berpengalaman mereka akan cemas dan panik lalu menghasilkan halusinasi (3).

Apabila halusinasi berlaku anda akan mula nampak perkara-perkara yang anda takuti seperti lembaga hitam atau suara mengilai dan sebagainya. Oleh itu jika selepas ini anda ‘ditindih’ lagi jangan risau dan kekal tenang sehingga menjadi normal kembali.

 

Rujukan:

  1. https://bedjet.com/blogs/sleep-blog/5-stages-of-sleep
  2. https://www.livescience.com/50876-sleep-paralysis.html
  3. https://thediagnosa.com

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}