DEJA VU: Teori Mengapa dan Bagaimana Ia Berlaku

Sedang anda khusyuk membuat kerja, rakan anda baru tiba di pejabat, lewat katanya kerana menunggu hujan reda. Sejurus selepas itu, kerani pejabat datang menawarkan kopi kepada anda dan sebaik sahaja anda mengucapkan terima kasih anda terfikir;

“Kejap, kenapa macam pernah aku hadapi situasi ni. Kalau pernah berlaku, kenapa ia rasa begitu sama? Aku ni psikik ke?”

Sebelum anda mula memikirkan hendak bertukar karier menjadi hero atau heroin apa kata anda ketahui dahulu apakah fenomena tersebut yang digelar DEJA VU.

 

Apakah Dejavu?

Perkataan dejavu berasal dari Bahasa Perancis déjà vu bermaksud ‘Already Seen’ atau Sudah Terlihat. Hampir 90% daripada kita mengalami dejavu sama ada kita sedar atau tidak terutamanya pada umur 20-30an.

Dejavu bukanlah sebuah fenomana fizikal yang mana saintis atau doktor boleh mengimbasnya di otak kita, ia adalah satu perasaan. Disebabkan itu para saintis mengalami kesukaran menentukan kebenaran disebalik fenomena ini namun terdapat beberapa teori dan artikel ini akan menjelaskan teori yang terkenal dalam kalangan pengkaji.

 

Mengapa dan Bagaimana Ia Berlaku?

Ada yang berkata dejavu berlaku kerana roh kita berlegar-legar ketika kita tidur dan berjumpa dengan roh-roh lain sehingga berlakunya situasi yang sama apabila kita sedar. Betul atau tidak sukar untuk membuktikan idea itu.

Otak kita bergerak dan berfungsi dengan begitu pantas dan teori saintifik pertama menerangkan apabila sesebuah situasi berlaku, deria rasa, bau dan penglihatan kita akan bertindak secara serentak.

Tetapi dejavu akan berlaku apabila salah satu daripada deria itu mengalami sedikit sahaja kelewatan menghantar isyarat sekaligus membuatkan kita berfikir bahawa perkara ini telah pun berlaku kerana telah menerima isyarat melalui deria yang lain lebih awal.

Teori saintifik kedua adalah tentang simpanan memori. Anda perlu memahami bahawa otak kita menyimpan memori bukan seperti cakera padat atau pendrive. Otak kita menyimpan memori dengan cara mengenang semula hanya isi-isi penting sesebuah situasi tersebut dan bukan kesemuanya.

Maka apabila sesebuah dejavu itu berlaku ia mungkin kerana anda ternampak sesuatu objek atau bentuk yang mengingatkan anda kepada sesebuah situasi pada waktu dahulu dan ia seakan-akan sama dalam situasi pada waktu itu.

 

Kesimpulan

Seperti yang kami katakan, sehingga kini para saintis masih belum mendapat kata putus tentang fenomena dejavu. Ianya terlalu sukar untuk diuji kerana untuk mencipta sendiri fenomena dejavu adalah mustahil. Malah terdapat lebih 40 teori tentang dejavu telah diwartakan.

Sementara kita menunggu kajian para saintis apakata anda sendiri mengkajinya apabila dejavu berlaku kepada anda. Cuba perhatikan situasi itu, adakah terdapat objek yang anda seakan-akan ingat? Adakah pada waktu itu, salah satu deria anda tidak berada dalam kondisi terbaik? Atau adakah anda mempunyai teori anda sendiri? 

 

Rujukan:

  1. https://www.youtube.com/watch?v=foVMwJtlR5s
  2. https://www.youtube.com/watch?v=ut8mYGi0YRs
  3. https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-red-light-district/201610/4-possible-explanations-d-j-vu

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}