Dah Ada Azam Baru? Ini lah 5 Cara Untuk Kekal Komited Sepanjang Tahun

Beberapa hari lagi, 2019 akan meninggalkan kita dan tahun baru 2020 menyambut kita dengan harapan dan tentunya dengan azam baharu. Setiap daripada kita tentu mahukan 2020 menjadi titik tolak dimana tabiat buruk yang lalu digantikan dengan tabiat baik, sihat dan bermanfaat. Dalam kata lain, tahun baru diri yang baru!

Kita dapat menyaksikan di awal-awal tahun ini masing-masing akan sibuk mencipta azam tahun baru masing-masing namun ramai tidak tahu bagaimana kekal komited bagi menjayakan azam tersebut.

Pemilik gim ramai yang mengatakan gim mereka dipenuhi muka-muka baru pada Januari tetapi ghaib pada Februari (LOL). Kadang-kala ia bukan kerana anda tidak mampu menjayakan azam anda tetapi kebanyakannya adalah kerana azam yang anda cipta adalah terlalu sukar!

Jangan risau, ini adalah cara-cara mencipta dan mengekalkan azam tahun baru anda.

 

  1. Cipta Azam Tahun Baru yang Sederhana.

 

“Aku mahu simpan duit, bersenam lebih banyak dan naik pangkat tahun ini”

Kesemua ini adalah inspirasi yang bagus, namun resolusi yang terlalu besar mampu mendorong kepada kegagalan.

 

Cuba untuk bersederhana dalam mencipta azam anda. Periksa diri anda dahulu, adakah tahap komitmen diperlukan mampu dilaksanakan oleh diri anda. Fokus pada satu azam adalah lebih baik daripada 3 azam jika ia akhirnya dilupakan begitu sahaja.

 

  1. Spesifik Dalam Mencipta Azam Tahun Baru Anda.

 

Nak simpan duit? Bagus azam ini. Tetapi bagaimana? Berapa banyak yang anda hendak simpan?

Hanya mencipta azam tanpa melihat parameter diperlukan adalah punca azam hanya tinggal azam. Letakkan azam yang lebih terperinci seperti “Aku nak simpan $50 seminggu dengan menaiki bas ke tempat kerja”.

 

  1. Mencatat Azam Tahun Baru Anda.

 

Elizabeth Ward, ahli psikologi dari Boston mengatakan mereka yang kerap mencatatkan azam dan matlamat mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjayakannya.

Tulis dalam nota telefon anda atau tulis pada sekeping kertas dan lekatkan pada peti ais. Menulis jurnal juga adalah satu tabiat baik yang dilakukan ramai usahawan berjaya seperti pengasas Amazon.com Jeff Bezos, lelaki terkaya dunia.

 

  1. Meraikan Setiap Kejayaan Kecil Yang Dicapai

 

Jangan hanya fokus pada penamatnya. Ambil masa untuk meraikan kejayaan-kejayaan kecil anda sepanjang perjalanan menuju kepada penamat itu. Azam anda menurunkan 20kg tahun ini? Setiap penurunan 2kg, berikan diri anda sendiri sedikit pujian “Yay, me!”

 

  1. Ingat, Tidak Mengapa Bila Anda Tergelincir (kemudian kembali fokus!)

 

Setelah sebulan sifar asap rokok, anda stress akibat isu peribadi dan menghisap sebatang rokok. Jangan risau ia adalah perkara biasa. Malah kajian mendapati 75% mereka yang mencipta azam tahun baru akan tergelincir selepas 2 bulan pertama.

 

Apa yang penting ialah bagaimana anda mengendalikannya; adakah anda akan menghabiskan masa berasa kesal dan bersalah atau anda akan mengakui kesalahan tersebut kemudian kembali fokus dengan semangat yang baru?

 

Percaya Pada Diri Anda

Perubahan adalah sesuatu yang sukar. Melainkan anda mempunyai daya motivasi yang tinggi, sokongan sosial dan persekitaran yang baik, untuk kekak komited dalam mengekalkan tabiat yang baik adalah sangat sukar.

Dengan pemikiran yang tajam dan cara yang betul, azam anda mampu dicapai. Kuncinya adalah percaya dengan kemampuan diri sendiri. Semoga tahun baru ini memberikan rezeki yang luas buat anda dan segala azam anda dicapai seterusnya membuka kepada azam yang lain pada tahun-tahun yang mendatang.

 

Rujukan:

  1. https://www.self.com/story/new-year-resolution-handbook

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}