Daging Berasaskan Tumbuhan. Adakah Bagus Untuk Kesihatan Anda? – MyLustre.com

Daging Berasaskan Tumbuhan. Adakah Bagus Untuk Kesihatan Anda?

Viral di pelbagai platform media sosial tentang burger yang menggunakan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan. Malah dikatakan rasanya hampir sama dengan rasa daging sebenar, wow!

Tumbuh-tumbuhan sebagai alternatif daging bukan lah sesuatu yang janggal lagi. Malah rangkaian restoran terkenal KFC juga telah mula menjadikan tumbuhan sebagai alternatif daging ayam bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi iaitu kekurangan stok ayam. Mereka telah mencipta menu ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan namun hanya boleh didapati di Atlanta.

 

Tiada Lagi Penggunaan Daging Pada 2035

Daging ini hasil pembuatan kimia termasuklah bahan-bahan yang mampu meniru rasa, aroma dan juga warna malah tekstur yang kelihatan seperti daging. Menurut laman web Impossible Foods (pelopor makanan berasaskan tumbuhan), mereka menggunakan soya dan protein daripada kentang dan diubah suai secara genetik bagi memberikan rasa unik yang lazat seakan daging sebenar.

Impossible Foods turut membuka cawangan di Singapura menyebabkan restoran daging berasaskan tumbuhan mula tumbuh bak cendawan di Negara Singa ini. Mereka turut mensasarkan tiada lagi penggunaan daging sebagai makanan pada tahun 2035 di Singapura.

Sememangnya mengurangkan penggunaan daging haiwan mampu menyelamatkan planet kita. Tahukah anda industri daging merupakan sumber pelepasan gas greenhouse terbesar (GHG) di dunia? Dan tentu sekali akan timbul persoalan, adakah menu berasaskan tumbuhan seperti ini bagus untuk kesihatan kita?

 

Bagus Untuk Alam Sekitar, Bagaimana Dengan Kesihatan Manusia?

Menurut pengarang buku Flexitarian Diet, Dawn Jackson Blatner beliau berkata nutrisi terkandung di dalam daging berasaskan tumbuhan tidak mampu mengatasi kebaikan nutrisi terkandung dalam daging sebenar.  Ini kerana daging ‘tiruan’ ini mengandungi bahan-bahan makanan proses yang tinggi.

Blatner menjelaskan sebiji burger ‘tiruan’ mempunyai 250 kalori manakala sebiji burger daging biasa hanya 224 kalori. Selain itu, kandungan lemak tepu juga lebih tinggi iaitu kira-kira 8g pada burger Impossible Food (kerana menggunakan minyak kelapa dan mentaga koko) dan 6g pada burger daging biasa. Burger tumbuhan juga melepasi skala natrium dengan 390 mg manakala burger daging lembu hanya mempunyai 77 mg.

Blatner menyimpulkan untuk kekal sihat, hanya bergantung pada daging berasaskan tumbuhan tidak akan memberikan kesihatan yang maksimum. Anda perlu mencampurkan diet anda dengan buah dan sayur-sayuran yang lain dan hanya makan burger ‘tiruan’ ini seminggu sekali. Bersederhanalah dan kekal makan sayur-sayuran tulen bersama dengan burger tumbuhan anda itu.

 

 

Rujukan:

 

  1. https://www.prevention.com/food-nutrition/healthy-eating/a29133293/is-plant-based-meat-healthy/
  2. https://edition.cnn.com/2019/08/09/health/plant-fake-meat-burgers-good-for-you-or-not/index.html
  3. https://www.wanista.com/2019/191021/kfc-keluarkan-ayam-goreng-berasaskan-tumbuh-tumbuhan/
https://impossiblefoods.com/food/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}