Coulrophobia: Mengapa Takut Badut?

Bintang filem Harry Potter, Daniel Radcliffe, Johnny Depp, dan penyanyi rap P.Diddy adalah antara mereka yang menghidap coulrophobia; sebuah perasaan trauma dan takut berterusan pada badut.

Fobia kepada badut adalah perkara serius kerana ia mungkin mengakibatkan serangan panik dan nausea (perasaan tidak senang menyebabkan muntah-muntah) kepada mereka yang mengalaminya.

Mungkin tidak ramai yang mengalami fobia jenis ini dalam kalangan orang Asia Tenggara kerana faktor budaya dan cara. Orang Eropah sering menjadikan badut sebagai salah satu hiburan dalam sesebuah majlis seperti majlis hari jadi. Namun mengambil tahu tentang coulrophobia mungkin berguna kerana ia mempunyai persamaan dengan fobia terhadap makhluk bertopeng.

 

Bagi mereka yang takut badut, sukar buat mereka untuk kekal tenang di acara seperti sarkas, festival dan sebagainya. Berita baiknya adalah anda tidak bersendirian, dan ada perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi ketakutan anda.

 

Lucu bertukar seram, faktor psikologi?

Kebanyakan melihat badut sebagi figura yang melucukan. Tetapi ada sesetengah yang fobia dan takut apabila berhadapan dengan badut. Penjelasan ahli psikologi pakar gangguan anxiety, Dr. Dena Rabinowitz menyatakan terdapat dua faktor psikologi kepada gangguan ini:

Pertama, Manusia melihat ekspresi wajah untuk mengetahui motif seseorang. Badut memakai alat solek dan kebiasaannya kita hanya dapat melihat ekspresi wajah yang sama pada badut iaitu senyuman bibir merah yang melampau.

Mereka yang takut pada badut terdorong untuk menjadi curiga dan paranoid kerana tidak dapat membaca motif dan niat seseorang melalui ekspresi wajah.

Kedua, kajian mendapati manusia sering mempunyai keraguan kepada mereka yang sentiasa gelak dan gembira.

 

 

Faktor luaran?

Penggambaran watak badut jahat yang menyeramkan dalam filem dan televisyen juga telah menjadi punca besar dalam menanamkan fobia pada badut dalam minda orang ramai. Filem seperti IT (2018) dan rancangan siri American Horror Story banyak memainkan unsur-unsur coulrophobia.

Fobia yang terjadi ketika kecil. Kanak-kanak terbiasa dengan penampilan normal pengasuh atau ibu bapa mereka yang mereka anggap ‘mesra dan selamat’. Tetapi apabila mereka melihat penampilan badut yang pelik dan luarbiasa ia mencetuskan amaran 'tidak selamat / tidak sepadan' dalam otak mereka yang menunjukkan wajah jenis ini tidak dikenali dan tidak selamat serta mungkin sebuah ancaman kerana ekspresi wajah badut yang tidak dapat dibaca dengan jelas.

 

Apakah rawatan coulrophobia?

 

  1. Terapi pendedahan

Terapi jenis ini akan mendedah diri anda kepada perkara yang anda takut dalam persekitaran yang tidak terancam dan selamat agar anda dapat mengatasi ketakutan tersebut perlahan-lahan.

 

  1. Terapi tingkah laku kognitif

Terapi jenis ini menumpukan kepada perubahan pemikiran dan corak di sekeliling tingkah laku tertentu.

 

  1. Teknik Menenangkan Diri

Mengamalkan teknik-teknik yang mampu menenangkan diri anda mungkin dapat membantu anda dalam situasi dimana anda panik semasa berhadapan fobia. Contoh seperti yoga, meditasi dan menulis jurnal.

 

Rujukan:

  1. @thisisinsider Twitter
  2. https://www.merriam-webster.com/dictionary/coulrophobia
  3. https://www.healthline.com/health/mental-health/fear-of-clowns#treatment
  4. https://www.thesun.co.uk/fabulous/4395633/phobias-coulrophobia-causes-fear-of-clowns-symptoms/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}