Coronavirus | Jangan Panik, Tingkatkan Sistem Imuniti Anda

Sementara para saintis dan pakar kesihatan dari seluruh dunia sedang mencari penawar dan vaksin untuk virus coronavirus (2019-nCov), anda boleh memainkan peranan penting dalam menghentikan penyebaran virus ini dengan cara memperkuatkan sistem imuniti anda.

Dengan cara ini anda mampu membantu badan melawan serangan virus dan bakteria dengan pemilihan pemakanan dan konsumsi suplemen yang mampu memperkuatkan sistem imunisasi badan anda.

Sistem imunisasi adalah gabungan sel, tisu dan organ yang bekerjasama untuk menghalang sebarang anasir jahat dalam badan anda. Dan kekuatan sistem imunisasi bergantung kepada faktor yang berbeza seperti umur, cara pemakanan dan gaya hidup.

 

 

Langkah Memperkuatkan Sistem Imunisasi

Antara makanan yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan sistem imunisasi anda menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr N. Ganabaskaran ialah:

- sayuran hijau
- buah kiwi, lemon dan oren
- Kacang seperti badam dan gajus
- Makanan berkerang seperti ketam, kerang dan udang.
- Elakkan makanan separuh masak atau mentah buat seketika.

 

Manakala suplemen (makanan tambahan) yang boleh diambil oleh anda ialah suplemen yang memperkuatkan sistem imunisasi anda berasaskan:

- Vitamin C
- Vitamin B6
- Vitamin E
- Beta D Glucan
- Cendawan Maitake
- Vitamin D3 (cholecalciferol)

 

Golongan Paling Berisiko Coronavirus

Kajian mendapati golongan veteran (umur 50 keatas) adalah yang paling berisiko. Ini kerana laporan Quartz.com memberitahu daripada 41 kematian di China akibat coronavirus, 39 adalah mereka yang berumur 50 tahun keatas.

Dua faktor utama ia menyerang golongan ini adalah kerana pertama, warga veteran lebih cenderung mempunyai penyakit kronik seperti diabetis yang membuatkan badan sukar melawan pantogen yang baru. Kedua, sistem imunisasi warga veteran lemah berbanding mereka yang lebih muda sekaligus menyukarkan badan untuk melawan coronavirus.

Selain itu, golongan yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah dan berisiko mendapat coronavirus termasuklah:

- Kanak-kanak
- Ibu hamil
- Mereka yang melawat negara dengan coronavirus

 

Jangan Risau, Jangan Panik, Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda.

Tidak perlu panik. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengamalkan langkah-langkah proaktif dalam menangani musim influenza ini. Memakai topeng pernafasan, memastikan kebersihan tangan anda, mendapatkan khidmat doktor bila sakit serta meningkatkan kekuatan sistem imunisasi anda sudah cukup untuk memastikan anda tidak mendapat serangan coronavirus ini.

Tidak tahu suplemen terbaik bagi meningkatkan sistem imunisasi anda? MyLustre mencipta Bodigard Beta-Glucan & Maitake sebuah suplemen yang efektif dalam memperkuatkan sistem imunisasi dan kesihatan umum.

 

Kebaikan Beta Glucan & Maitake Dalam Menangani Coronavirus:

- Beta Glucan diambil dari dinding sel yeast berbentuk Complex polysaccharide merangsang sistem imun menjadi lebih bersedia dan aktif.
- Maitake sejenis cendawan yang menguatkan sistem imun badan dan telah digunakan secara meluas dalam perubatan menangani serangan-serangan virus.

Jika anda ingin memastikan sistem imunisasi anda dalam keadaan bersedia boleh lah mengamalkan Bodigard Beta Glucan & Maitake berharga $18 dan boleh ditempah secara online di www.mylustre.com atau hubungi +6275 4123.

 

Rujukan:

  1. https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/560946/make-sure-immune-system-strong-and-fit-fight
  2. https://qz.com/1794241/seniors-seem-to-have-the-highest-risk-of-dying-from-coronavirus/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23927572/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4202470/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}