Coq Udang Mat Salleh dengan sos Aioli

Coq Udang Mat Salleh dengan sos Aioli

 

Bahan-bahan untuk coq udang:

  • 450g isi udang putih
  • 1 ½ cawan parutan keju mozzarella
  • 1 biji telur (gunakan telur yang besar)
  • ¼ cawan mayonis
  • 2 sudu besar daun parsli (dicincang) + tambahan untuk hiasan
  • ½ sudu teh garam laut
  • Lada hitam secukup rasa.
  • ¼ cawan tepung serbaguna
  • 2 sudu besar minyak zaitun (light olive oil)

 

Bahan untuk sos Aioli Lemon:

  • 1/2 cawan mayonis
  • 1 sudu teh kulit lemon
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)  

 

Cara-cara membuat coq udang:

  1. Cincang udang yang telah dikeringkan dengan halus.
  2. Masukkan udang yang telah dicincang ke dalam sebuah mangkuk yang besar. Kemudian tambahkan kira-kira 110 gram parutan keju mozzarella, 1 biji telur, ¼ cawan mayonis, 2 sudu besar daun parsli, ½ sudu teh garam dan lada hitam secukup rasa. Kacau sebati dan tambahkan ¼ cawan tepung dan kacau lagi sehingga campuran sebati.
  3. Panaskan kuali (non-stick pan) yang besar pada api sederhana dan tambah 1 sudu besar minyak zaitun. Gunakan 1 skop ais krim atau 1 sudu besar untuk adunan tadi pada satu-satu masa dan ratakan bahagian atas ketika menggoreng ia. Goreng kira-kira 3 minit setiap bahagian atau sehigga ia berwarna perang keemasan.

 

Cara-cara membuat sos Aioli Lemon:

  1. Letakkan mayonis dalam sebuah mangkuk kecil. Tambahkan 1 sudu teh kulit lemon, 2 sudu besar jus lemon dan bawang putih. Kacau hingga sebati.

 

Siap untuk dihidangkan dan dimakan. Nyummmm!

 

 

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published