Cara Singkir Kotoran dan Toksin Dalam Badan

Pernah tak anda tertanya-tanya semakin kita meningkat usia adakah kadar metabolisme kita semakin meningkat? Sebenarnya dengan amalan pemakanan yang betul dan beberapa cara klinikal, ia pasti boleh!  

Berikut adalah cara terbaik untuk meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan:

Sarapan

Jika anda bagi alasan tiada masa untuk bersarapan anda akhirnya akan mengambil jumlah makanan yang besar pada waktu tengah hari. Walhal pembakaran kalori lebih aktif pada waktu pagi dan pengambilan sarapan pagi akan membantu meningkatkan metabolisme dalam badan.

Rempah Ratus

Tambah rempah ratus dalam makanan mampu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 30% kalori dalam badan dapat dikurangkan dengan hanya mengunyah kulit kayu manis menurut kajian Agricultural Research Service of United States.  

Kromium

Pembakaran kalori dan lemak dalam badan boleh dibantu oleh zat kromium. Bahan seperti daging, pisang, telur, epal serta bayam mengandungi zat kromium yang tinggi untuk membantu anda meningkatkan kadar pembakaran kalori. Jika anda ingin mengambil zat tambahan seperti suplemen pastikan ia mengandungi 120mcg kromium.

Vitamin D

Vitamin D penting dalam proses penyerapan kalsium yang sekaligus membantu peningkatan metabolisme badan. Jika anda menghabiskan waktu beberapa minit di bawah pancaran matahari pagi, ia bersamaan dengan satu hidangan ikan tuna dan segelas susu!

 

Mudah sahaja kan nak tingkatkan metabolisme badan sekaligus menyingkirkan toksin dan kotoran dari badan? Amalkan perkara-perkara yang disenaraikan di atas, mudah-mudahan badan terasa lebih ringan dan sihat!

  

Sumber: eh.com.my

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}