Rahsia Memberi Pujian Dengan Betul

Seperti kata-kata masyhur Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, Abraham Lincoln, “Tidak kira siapa, semua orang sukakan pujian”.

Benar, siapa tidak suka dipuji bahkan hebatnya pujian sehingga ia mampu mengubah hari buruk seseorang kepada hari terbaik dalam kehidupan mereka.

Memberi pujian dan kata-kata baik kepada orang sekeliling anda memberikan impak besar walaupun sekadar kata-kata ringkas seperti “Hei, baju biru itu nampak cantik dengan awak” atau “Tahniah, awak memang layak atas usaha dan kerja keras awak selama ini”.

Namun begitu memberi pujian juga ada cara yang betul agar pujian anda tidak kelihatan seperti ‘kosong’ atau berlebihan. Berikut merupakan cara memberi pujian yang betul:

 

  1. Rasulullah Melarang Pujian Berlebihan

 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memotong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”.

(Sumber: Portal muftiwp.com)

 

Intipati yang boleh diambil kepada hadis ini adalah pujian diberikan haruslah tentang perkara yang benar dan tidak akan menimbulkan ‘fitnah’ buat orang yang dipuji serta tidak menyebabkan insan tersebut berasa ‘ujub dan bermegah diri.

 

  1. Berikan Pujian Yang Spesifik

 

Daripada hanya memberikan pujian seperti “kerja yang bagus!”, anda akan terkejut dengan reaksi mereka apabila anda memuji dengan cara yang lebih spesifik seperti, “Pembentangan awak tadi sangat bagus, terutama idea awak berkenaan penjimatan kos. Ia membuka mata saya tentang kepentingan isu itu. Saya harap semua berjalan lancar!”.

 

Jika anda ingin memberi pujian selepas ini, nyatakan apakah perkara yang menarik perhatian anda. Contoh lain seperti “Cantik rambut baru awak, awak nampak lebih matang dan kemas”. Daripada sekadar memuji “Awak nampak cantik”, katakan mengapa beliau kelihatan cantik seperti “Cantiknya, warna cerah memang sesuai dengan awak sebab kulit awak putih!”.

 

  1. Elakkan Memuji Tanpa Susulan

 

Jika anda mempunyai masa, cuba untuk mengadakan perbualan dengan soalan susulah sejurus selepas anda memberikan pujian. Seperti contoh “Awak beli dimana baju ini?” atau “Bagaimana awak mendapat idea tentang penjimatan kos ini?”.

 

Selepas anda bertanyakan soalan, pastikan anda menunjuk minat untuk mendengar jawapan beliau. Jika anda melakukan cara ini pasti beliau akan lebih menghargai dengan pujian ikhlas anda.

 

Memberi pujian akan membuka pelbagai kemungkinan kepada orang yang dipuji. Mereka akan terdorong untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Motivasi mereka akan meningkat dan harga diri mereka juga sedikit sebanyak akan terkesan terutama buat golongan ‘introvert’.

Berikan pujian dengan cara betul kerana pujian melambangkan maksud hormat, kagum, persetujuan, kepercayaan, penghargaan dan harapan. Jadikan matlamat hidup anda untuk sentiasa membantu orang disekeliling anda melalui pujian. Ayuh mulakan dengan orang pertama yang anda jumpa sebentar lagi.

 

Rujukan:

  1. https://www.huffpost.com/entry/conscious-relationships_b_5062756
  2. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2205-al-kafi-683-hukum-memuji-secara-berlebihan
  3. https://ideas.ted.com/the-secret-to-giving-a-compliment-that-makes-people-glow/?
  4. http://www.wiseoldsayings.com/compliments-quotes/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}