Cara Bantu Anak Anda Menguasai Pemikiran Kritis Sejak Kecil

Cuti sekolah merupakan waktu paling sempurna bagi ibubapa bersama dengan anak-anak mereka. Disamping bercuti dan beriadah agar kanak-kanak lebih aktif, ibubapa perlu mengambil peluang ini untuk mengasah ketajaman pemikiran mereka.

Di abad ke-21 ini, jika ibubapa inginkan anak-anak agar mampu bersaing dalam dunia yang semakin rumit ini, ibubapa perlu mengasah daya pemikiran kritis mereka sejak kecil lagi.


Sekiranya kita mahu anak-anak kita mempunyai minda yang fleksibel serta dapat menyerap maklumat baru dan bertindak balas kepada masalah yang kompleks.

Tidak cukup sekadar di sekolah, ibubapa perlu mengambil inisiatif membimbing dan menguji daya pemikiran kritis mereka, dan ini adalah 4 cara memantapkan pemikiran kritis kanak-kanak yang boleh dilakukan ibubapa oleh pendidik dan guru pelatih Brian Oshiro.

 

  1. Jangan berhenti pada ‘Apa?’ – Tanya juga ‘Mengapa?’ dan ‘Bagaimana?’.

 

Bagi membentuk minda kritikal dalam diri anak-anak, anda perlu menyoal dan mengajak mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam.

 

Katakan anak anda baru sahaja mempelajari topik tentang kitar semula. Selain bertanyakan “Apakah kitar semula?” uji anak anda di rumah dengan soalan seperti “Bagaimana kitar semula boleh dilakukan oleh keluarga kita?” dan “Mengapa keluarga kita perlu mengitar semula?”.

 

Kaitkan topik dengan kehidupan peribadi agar mereka mampu berfikir dengan lebih mudah dan strategik.

 

  1. Teruskan dengan soalan susulan “Bagaimana awak mengetahui info ini?”

 

Oshiro berkata “Soalan seperti ini akan mendorong mereka untuk memberikan bukti dan mempertahankan jawapan mereka secara logikal”.

 

Menjawab soalan ini memerlukan anak-anak anda untuk mengimbas kembali jawapan mereka dan menilai kembali asal usul informasi yang mereka dapat.

 

  1. Ajak mereka berfikir tentang bagaimana perspektif mereka mungkin berbeza dari orang lain.

 

Tanya soalan kepada mereka misalnya, “Bagaimana kitar semula boleh dilakukan oleh orang di negara-negara miskin”. Berikan soalan-soalan yang meletakkan diri mereka agar berfikir tentang perspektif orang lain selain dirinya.

 

Memahami perspektif yang berbeza adalah satu elemen berharga dalam skil penyelesaian masalah yang sangat berguna ketika mereka sudah memasuki alam pekerjaan.

 

  1. Akhir sekali, tanya mereka bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.

 

Penting buat ibubapa untuk mengecilkan konteks soalan tersebut. Sebagai contoh daripada menanyakan soalan “Bagaimana menyelesaikan masalah pembuangan sampah merata-rata?” (soalan yang terlalu luas untuk mereka fikirkan) lebih baik anda bertanyakan soalan seperti “Bagaimana kita boleh mengajak orang lain mengitar semula sampah?”. Bimbing mereka untuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan yang pelbagai: saintifik, komuniti malah politikal jika mereka mampu menghadamnya.

 

Keperluan latihan sebegini adalah supaya kanak-kanak mampu berfikir dengan sendiri. Ibubapa haruslah menjadi pembimbing melalui pertanyaan, mendengar dan bertindak balas dengan anak-anak. Lebih cekap anak-anak anda dalam pemikiran kritis lebih cekap anak-anak anda dalam mengharungi kehidupan di alam dewasa kelak.

 

Rujukan:

  1. TEDx Talk Youtube Channel
  2. http://eiceducation.com/staff/brian-oshiro/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}