Cara Atasi Masalah Kembung Perut Bayi

 

Adakah bayi anda merengek menangis akibat kembung perut? Perkara ini sering menjadi masalah kepada ibubapa terutama buat pasangan yang baru menimang cahaya mata. Ini lah beberapa tips mengelakkan kembung perut bayi oleh Dr. Latif Saad dalam laman web thediagnosa.com.

 

Utamakan Susu Badan Berbanding Susu Formula

Susu badan mempunyai protein yang lebih sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Susu formula mungkin mengakibatkan alahan buat bayi jika kandungan protein tidak sesuai. Malah sesetengah bayi yang mempunyai ‘lactose intolerence’ mungkin mengalami cirit-birit.

 

 

Teknik Menyusu Betul Elak Angin

Bayi mudah menelan angin terutama jika menyusu botol. Pastikan saiz puting botol bersesuaian dengan mulut bayi anda dengan teknik menyusu yang betul.

Pastikan juga bayi anda disendawakan selepas penyusuan bagi mengeluarkan angin. Ia mampu mencegah dan mengatasi kembung perut pada bayi.

 

 

Selesakan Bayi Dengan Bunyi dan Pergerakan

  1. Teknik Bunyi
  • Bayi sudah terbiasa dengan bunyi-bunyi suara latar sejak di dalam rahim ibu. Oleh itu memberikan keselesaan dengan bunyi-bunyian sebagai suara latar dapat mengatasi tangisan dan menyeselesakan bayi.
  • Cuba lakukan teknik menyanyi dengan nada rendah atau lebih mudah hidupkan bunyi menggunakan kipas, vakum atau pengering pakaian namun jangan letak terlalu dekat dengan bayi.

 

 

  1. Teknik Pergerakan
  • Pergerakan mampu menenangkan bayi. Pegang dan bawalah bayi anda berjalan atau gunakan buaian bagi menghentikan bayi menangis.
  • Ada sesetengah ibubapa memberitahu membawa bayi berjalan-jalan di dalam kereta sangat berkesan.

Punca Bayi Kembung Perut

Beberapa teori tentang punca masalah ini termasuklah:

  • Usus bayi selalu mengecut kerana tumbesaran saluran permakanan
  • Angin yang berlebihan disebabkan teknik menyusu yang tidak betul
  • Hormon yang menyebabkan perut sakit dan mood bayi yang tidak baik
  • Sistem saraf yang masih membesar membuatkan bayi sensitif terhadap persekitaran
  • Kajian menunjukkan ibu yang mempunyai migrainakan mudah mempunyai anak yang mengalami kembung perut
  • Kajian menunjukkan ibubapa yang merokok lebih mudah mendapat anak yang mengalami masalah bayi kembung perut
  • Alahan kepada susu formula.

 

Rujukan:

  1. https://thediagnosa.com/bayi-kembung-perut-punca-dan-rawatan/
  2. Cleveland Clinic Children’s Hospital: “What is colic?”

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}