Burritos Sarapan Pagi

 Bahan-bahan

 

1 atau 2 sudu besar minyak sayur

½ biji bawang besar, dihiris halus

¼ lada benggala merah, dipotong dadu

¼ lada benggala kuning, didadu

¼ lada benggala hijau, didadu

2 kepingan chicken ham (atau mengikut citarasa)

2 biji telur, dipukul

1 keping tortilla

Parutan keju parmesan secukupnya

Chili flakes secukupnya

 

Cara-caranya:

  1. Pukul telur dalam sebuah mangkuk dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali, tambahkan 1 sudu besar minyak sayur dan goreng bawang besar kira-kira 2 minit.
  3. Tambahkan kesemua lada benggala dan goreng kira-kira seminit.
  4. Masukkan telur
  5. Kacau dengan perlahan dan tepikan. (telur akan terus masak di dalam kuali yang panas)
  6. Ambil kepingan tortilla dan letakkan telur di tengah-tengah.
  7. Tabur keju parmesan dan chili flakes mengikut citarasa
  8. Gulung tortilla dan potong di tengah-tengahnya.
  9. Siap untuk dinikmati!

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}