Bunga Telang  dan Khasiat Perubatan Bagi Wanita

Tahukah anda Bunga Kacang Telang atau Bunga Telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita? Oleh kerana mempunyai persamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan manusia. Ia digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual seperti ketidaksuburan, gonorea, mengendalikan kitaran menstruasi  dan juga sebagai afrodisiak.

Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

 

Lain-lain contoh manfaat Bunga Telang:

1.Menyuburkan rambut

2.Mengurangkan sakit kepala

3.Merawat ulser mulut.

4.Mengubati bisul

5.Insomnia

Air rendaman bunga dikatakan mampu merawat insomnia.

Oleh sebab khasiatnya yang banyak dan rasa yang sedap jika diminum, kami ingin berkongsikan resipi teh Bunga Telang untuk anda. Selamat mencuba!

Resipi Teh Bunga Telang

1.Masukkan 5 hingga 10 bunga telang kering ke dalam secawan air panas dan biarkan 5 hingga 10 minit.

 Tambahkan madu atau gula perang sebagai pemanis atau perah jus lemon kedalamnya. Anda juga boleh menggunakan serai atau halia sebagai penambah perasa teh bunga telang anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh merendamkan bunga telang dalam air sejuk sehingga warna air berubah. Memang segar rasanya jika dibuat sebagai minuman berbuka puasa!

Mudah sahaja nak buat, namun khasiat yang bakal anda perolehi sungguh banyak!

 

Rujukan:

Iqwan Hardi, Pulau Bidan Permakultur

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}