Buat Penawar Sakit Tekak Hanya Di Rumah

Semua orang mesti pernah mengalami sakik tekak walaupun sekali seumur hidup. Malah fakta untuk anda, kesakitan pada tekak sebenarnya adalah antara aduan paling banyak diterima di klinik.

Sakit tekak merujuk kepada keradangan pada tekak kesan daripada jangkitan kuman. Ia tergolong dalam kelas jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection).

Kebiasaannya, individu akan mengalami simptom-simptom yang lain seperti demam, batuk, selesema dan pening kepala.

Tapi jika anda mengalami sakit tekak, namun belum mahu berjumpa doktor, artikel ini akan menyenaraikan 8 penawar yang boleh meringankan kesakitan tekak anda tersebut.

 

6 Penawar Semula Jadi Untuk Sakit Tekak

6 penawar ini boleh anda lakukan hanya di rumah. Kebanyakan bahan-bahan ini tentu anda ada menyimpannya di dapur rumah anda. Jom ketahui apakah 5 penawar tersebut.

  • Madu

Menurut kajian, madu berpotensi bertindak sebagai pemulih luka yang berkesan. Paul IM telah menerajui sekumpulan pengkaji untuk mencari jenis rawatan yang efektif bagi menangani masalah batuk malam. 

Hasil kajian mendedahkan, madu lebih berkesan dalam merawat tengkak bengkak berbanding ubat batuk (dextromethorphan). Ia juga mengurangkan kekerapan batuk pesakit.

  • Air garam

Tujuan utama berkumur air garam adalah untuk membunuh bakteria yang telah menjangkiti tekak. Ia berkesan dalam melegakan tekak bengkak dan dalam masa yang sama melancarkan aliran lendiran di dalam tekak. 

Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati, mereka yang berkumur dengan air setiap hari selama 2 bulan mempunyai kadar jangkitan salur pernafasan atas yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak berkumur. 

  • Teh Kamomil (Chamomile tea)

Kamomil merupakan salah satu herba tertua di dalam dunia perubatan tradisional. Ia sering digunakan bagi mengubati penyakit seperti keradangan, spasme otot, masalah berkaitan haid, insomnia, ulser dan masalah gastrousus.

 

Pada tahun 2011, kamomil (terutamanya the kamomil ataupun wap kamomil) dibuktikan mampu merawat sakit selesema, termasuklah tekak bengkak. 

Herba ini juga dapat membantu memperkuatkan sistem imuniti badan bagi melawan jangkitan mikroorganisma.

  • Pudina

Jika anda suka mengunyah gula-gula getah, anda pasti tahu makanan tersebut mengandungi peppermint, kan? Ia diperbuat daripada mentol yang memberi rasa kesejukan dalam mulut.

Mentol mempunyai keupayaan untuk mencairkan kahak dan melegakan sakit tekak. Ia bertindak sebagai agen antiradang, antibakteria dan antiviral; memberikan ruang kepada tekak untuk beransur pulih dengan kadar yang segera. 

  • Fenugreek atau Halba 

Halba mempunyai sifat antiradang dan boleh digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria serta kulat.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2018 mendapati halba mengandungi bahan bioaktif yang berpotensi untuk merawat penyakit kencing manis, masalah kesuburan, kolesterol tinggi dan jangkitan mikroorganisma. 

  • Bawang putih

Baunya mungkin tidak menyenangkan, namun khasiatnya dapat melindungi badan dari jangkitan bakteria. Bau busuk bawang putih datang dari satu kompaun yang dipanggil sebagai organosulfur. 

Ia mempunyai sifat antibakteria semula jadi menjadikan ia satu agen yang sangat bernilai dalam menghindarkan diri daripada jangkitan bakteria.

Kajian pada tahun 2001 membuktikan penggunaan suplemen yang ada ekstrak bawang putih dapat melindungi diri daripada penyakit selesema. 

Penawar semula jadi yang disenaraikan ini sepatutnya dijadikan sebagai suplemen dan bukan rawatan utama individu. Jika anda disahkan ada jangkitan bakteria dan diberi antibiotik, sila habiskan ubat antibiotik tersebut mengikut arahan doktor.

 Acetaminophen (paracetamol) juga merupakan ubat yang efektif dalam merawat sakit tekak. 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}