Buah Zaitun: Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Buah zaitun (Olea europaea) merupakan salah satu makanan sunnah atau makanan kegemaran Rasulullah SAW. Ia merupakan sumber vitamin E dan mengandungi banyak khasiat, antaranya:

 

1)Melindungi elastin kulit daripada rosak

2)Berfungsi memberi keanjalan pada kulit

3)Menguatkan sistem imunisasi

4)Membantu mencegah risiko kanser

Minyak zaitun pula mempunyai lemak mono tak tepu yang mempunyai kelebihan seperti:

1)Melindungi diri daripada penyakit koronari jantung,

2)Menurunkan paras kolesterol darah

3)Mengawal tekanan darah

Minyak zaitun banyak digunakan dalam diet ala Mediterranean yang terkenal dengan menu-menu sihat yang bagus untuk anda. Kali ini kami ingin berkongsi sebuah resipi yang mengandungi zaitun dan minyak zaitun sebagai sebagai salah satu bahan utama. Paling penting ia sedap dan juga berkhasiat! (1)

Spageti Pedas (Ikan +Buah Zaitun)

Bahan-bahan:

10 auns spageti gandum

2 sudu besar minyak zaitun extra virgin (lebihkan untuk menggaul)

2 ulas bawang putih, dihiris nipis

Garam Kosher

Lada benggala merah yang dilenyek (jumlah mengikut citarasa)

1 tin 28 auns tomato plum tanpa garam (dihancurkan guna tangan)  

1/2 sudu teh oregano kering

8 auns fillet ikan tilapia (dipotong 3 hingga 4 keping)

10 biji buah zaitun kalamata (dipotong 4)

1/2 cawan potongan daun parsli

Arahan:

  1. Masukkan air dalam sebuah periuk besar dan didihkan. Masukkan spageti dan masak mengikut arahan. Tos dan asingkan 1 cawan air spageti tersebut. Gaul spageti bersama sedikit minyak zaitun dan ketepikan.
  2. Masukkan minyak zaitun bersama bawang putih, 3/4 sudu teh garam dan lada benggala lenyek dalam kuali besar di atas api sederhana. Kemudian masukkan tomato, air spageti dan oregano. Didihkan dan masak sehingga sos hampir memekat, lebih kurang 12 hingga 15 minit.
  3. Masukkan ikan dan buah zaitun, kacau sekali-sekala hingga ikan masak garing kira-kira 3 hingga 4 minit. Masukkan spageti dan parsli. Gaul sebati. Siap untuk dinikmati!

 

Rujukan:

 (1) http://www.myhealth.gov.my

(2) https://www.foodnetwork.com

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}