Buah Tin dan 1001 Khasiatnya

Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica L. (Moraceae) telah digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional sejak dahulu lagi untuk pelbagai masalah kesihatan seperti gastrik, keradangan dan juga kanser. Dalam perubatan konvensional pula ia digunakan sebagai ubat julap, anti-keradangan dan ubat terapi untuk pernafasan.

Buah tin boleh dimakan segar, setelah kering dan ia juga boleh dibuat jem. Merupakan sumber mineral, vitamin, karbohidrat dan serat yang sangat baik, buah tin bebas daripada lemak dan kolesterol.  Ia turut mengandungi asid amino yang tinggi.

Daun, buah dan akar buah tin digunakan untuk mengubati masalah kesihatan seperti senak, hilang selera makan,  cirit-birit, sakit tekak, batuk dan juga gangguan kardiovaskular . Jus buah tin jika dicampurkan dengan madu boleh mengawal pendarahan. Dalam perubatan di India, buah tin digunakan sebagai julap ringan, ekspektoran dan diuretik.  Buah tin yang dikeringkan pula merupakan makanan tambahan bagi pesakit kecing manis. Pes buah tin turut digunakan untuk melegakan kesakitan seperti bengkak, tumor, dan keradangan.

Jus BerQah  keluaran My Lustre turut mengandungi buah tin dan pelbagai lagi bahan semulajadi yang lain. Ia berfungsi membuang racun di dalam badan dan membantu mencegah sesak nafas dan banyak lagi khasiat lain baik untuk lelaki mahupun wanita.

Ternyata buah tin ada banyak manfaat. Kalau anda terjumpa buah ini di pasaraya, jangan lupa untuk membelinya dan nikmatilah kelazatan dan khasiatnya sendiri!

 

Glosari:

Diuretik : Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin.

Ekspektoran: Merangsang perembesan membran mukus dari laluan udara atau memudahkan penyingkirannya.

 

Rujukan:

www.ncbi.nlm.nih.gov

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}