Buah Goji Buah Luar Biasa

Buah Goji mengandungi pelbagai manfaat luar biasa untuk kesihatan. Herba berasal dari Banjaran Tibet dan Himalaya ini telah digunakan oleh masyarakat cina sejak berabad lamanya dan khasiat goji kini semakin mendapat tempat sebagai makanan untuk perubatan.

 

 

Buah kaya antioksidan ini dikategorikan sebagai ‘superfruit’ kerana kandungan nutrisinya yang banyak. Kandungannya termasuklah kalori, karbohidrat, serat, gula, dan protein. Manakala galian dan vitamin didalam goji adalah natrium, kalium, kalsium, besi, zink, selenium, vitamin C, karotena, thiamin, riboflavin, lutein, lycopene, zeaxanthin, polisakarida, betaine, dan peptidoglycans (1).

 

Kebaikan Goji Untuk Kesihatan Badan

Banyak kajian telah dilakukan keatas manfaat goji untuk kesihatan, antara khasiat utama ialah goji bertindak selaku perawat semulajadi diabetis, meningkatkan fungsi penglihatan, meningkatkan kesihatan umum dan imuniti badan.

  1. Perawat Semulajadi Diabetis

 

Kajian mendapati ekstrak goji (seperti terdapat dalam Jus BerQah) mempunyai kandungan hipoglikemik yang mampu meningkatkan kadar insulin serta mengurangkan risiko ‘insulin resistence’ (2). Mengamalkan goji dalam diet harian mampu mengelakkan risiko diabetis.

 

 

  1. Meningkatkan Fungsi Penglihatan

 

Goji yang kaya antioksidan terutamanya zeaxanthin mampu meningkatkan fungsi penglihatan anda (3). Ia mampu menghalang kerosakan mata akibat sinaran UV, tekanan oksidatif dan  radikal bebas. Khasiat yang baik jika diambil warga veteran.

 

  1. Meningkatkan Kesihatan Umum

 

Kajian dilakukan oleh Journal of Medicinal Food pada 2012 melibatkan 161 peserta mendapati mereka yang diberikan jus berasaskan goji mengalami peningkatan dari segi
gejala stres, kualiti tidur, dan keseluruhan kesihatan berbanding dengan peserta yang diberi plasebo.

 

  1. Kekuatan Imuniti Badan

 

Ekstrak goji mampu menyokong aktiviti sel darah putih dalam badan sekaligus meningkatkan kekuatan imun. Imuniti badan yang kuat akan menjadi ‘perisai semulajadi’ tubuh dari pelbagai jenis jangkitan bakteria. Malah kajian mendapati goji berkesan dalam melegakan selesema yang teruk (4).

 

 

Adakah anda berminat untuk mendapatkan kelebihan khasiat goji? Cuba sahaja Jus BerQah yang mengambil khasiat goji sebagai salah satu daripada 10 bahan lain. Minuman kesihatan ini sesuai diamalkan oleh setiap peringkat umur sebagai medium mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. Kesihatan adalah harta paling bernilai maka hargailah kesihatan anda sebelum ia lebur.

 

Rujukan:

  1. https://www.drugs.com/npp/goji-berry.html
  2. https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-goji-berry-or-wolfberry.html
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21169874
  4. https://academic.oup.com/jn/article/144/2/224/4637682

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}