Bolehkah Pesakit Diabetis Berpuasa?

Terdapat kira-kira 116 juta pesakit diabetis dalam kalangan Muslim di seluruh dunia. Hasil kaji selidik mendapati hampir 80 peratus pesakit muslim diabetis di tahap dua, mahu berpuasa pada bulan Ramadan. Tiada masalah buat mereka untuk meraikan Ramadan dan menjalani ibadah berpuasa namun mereka harus peka dan mengetahui risikonya.

Berdasarkan e-book dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk ‘Practical Guide to Diabetes Management in Ramadan’, risiko 7.5 kali ganda gejala hypoglycaemia (gula darah rendah) dianggarkan kerana faktor berpuasa sepanjang hari, kadar pemakanan yang besar waktu malam dan juga kurangnya aktiviti fizikal pada bulan Ramadan.

Ianya lebih berisiko buat pesakit diabetis tahap 2 dan 1 dan pesakit warga tua jika perubahan pengambilan dos ubat atau gaya hidup dilakukan secara tidak terancang. Begitupun kebaikan berpuasa buat pesakit diabetis tetap ada.

                                                

  1. Kebaikan Berpuasa Buat Pesakit Diabetis
  • Amalan berpuasa mampu menurunkan kadar Body Mass Index (BMI).
  • Meningkatkan high-density lipoprotein (HDL) atau ‘Kolestrol Baik’.
  • Menambahbaik kawalan gula untuk pesakit diabetis.
  • Mampu menurunkan tekanan darah.

 

  1. Apa Terjadi Jika Hypoglycaemia Berlaku?
  • Menggeletar, lapar, berpeluh
  • Pening, mengantuk, pucat
  • Lemah badan, jantung berdebar
  • Paling bahaya: sawan, pitam, tak sedarkan diri

Jika anda adalah pesakit diabetis dan anda mengalami simptom-simptom ini anda digalakkan berbuka terus dengan menu ringkas yang pantas diserap badan seperti;

  1. 3 biji gula-gula
  2. ½ cawan air manis atau buah
  3. 1 sudu madu

 

  1. Golongan Pesakit Diabetis yang Tidak Digalakkan Berpuasa
  • Pesakit yang mempunyai kawalan gula yang tidak bagus dalam 3 bulan sebelum berpuasa
  • Sakit buah pinggang atau dialisis
  • Tidak sihat semasa berpuasa
  • Ibu mengandung
  • Pesakit dengan komplikasi diabetes (lemah jantung, serangan jantung, strok)
  • Pesakit yang tinggal sendirian
  • Pesakit yang sudah berusia

 

Semoga semua pesakit diabetis dapat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini dengan baik. Pastikan anda tidak meninggalkan sahur dan ambil pemakanan yang tinggi serat dan sayur-sayuran. Elakkan makan makanan manis terlalu banyak dan lakukan pemeriksaan darah terutama pada minggu pertama berpuasa dan ketahui bila anda perlu berbuka puasa untuk mengelakkan risiko yang lebih besar.

 

Rujukan:

  1. http://www.diabetesmalaysia.com.my/article.php?aid=224
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Malaysia Endocrine & Metabolic Society

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}