Blackberry Limeade | JIM MASAK

Blackberry Limeade | JIM MASAK

 

Bahan-bahan:

Bahan A

170g beri hitam

½ cawan air

1/12 cawan gula

 

Bahan B

2 cawan jus limau nipis (daripada 8-10 biji limau nipis besar)

4 cawan air sejuk atau ikut citarasa

1 biji limau nipis dihiris nipis dan beberapa biji beri hitam sebagai hiasan

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan bahan A ke dalam pan dan didihkan selama 2 minit. Ketepikan dan kemudian biarkan ia selama 10 minit. Kemudian tuang ke dalam penapis untuk asingkan biji dan pulpa. Anda bakal mendapat kira-kira 1 ¾ cawan sirap beri hitam. Sejukkan ia dalam peti ais.
  2. Campurkan sirap beri hitam, jus limau nipis dan 4 cawan air sejuk ke dalam sebuah jag. Letakkan ais jika suka dan hiaskan bersama hirisan limau nipis dan buah beri hitam.

 

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published