Bipolar: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Gangguan Emosi ini

Anda pernah lihat sesiapa yang mempunyai kecelaruan emosi yang bersilih ganti? Ada masa terlalu gembira dan ada masa terlalu murung bahkan sehingga ada yang ingin membunuh diri. Ini lah yang digelar gangguan bipolar.

Bipolar merupakan salah satu gangguan mental yang mempunyai karakter atau mood yang sentiasa bertukar diantara kemurungan dan mania.

Bipolar bukanlah sebuah penyakit yang asing lagi. Malah di Amerika Syarikat saja terdapat hampir 5 juta orang yang mengidap masalah ini manakala 3 juta orang di Jepun. Secara purata, simptom bipolar akan mula kelihatan pada umur 25 tahun.

 

Simptom Fasa Mania

Ia fasa di mana terdapat perasaan gembira yang berterusan dan melampau atau cepat marah (baran) dan peningkatan aktiviti serta tenaga yang tidak normal berlangsung sekurang-kurangnya satu minggu.

Antara gejala yang mungkin berlaku pada fasa ini ialah:

  1. Peningkatan rasa harga diri serta merasakan diri hebat (grandiosity).
  1. Kurang keperluan untuk tidur, misalnya hanya perlu tidur hanya dua sehingga tiga jam sehari tetapi masih berasa segar.
  1. Lebih banyak bercakap dari biasa.
  1. Mempunyai banyak idea dan merasakan fikiran bergerak laju.
  1. Mudah terganggu atau tidak dapat menumpukan perhatian.
  1. Peningkatan aktiviti yang bermatlamat atau keresahan psikomotor (psychomotor agitation).
  1. Penglibatan melampau dalam aktiviti yang berisko dan menyebabkan kesan buruk seperti membeli belah tanpa kawalan, hubungan seksual secara rambang atau membuat pelaburan tanpa berfikir panjang.

 

Manakala bagi fasa Hypomania merupakan sebuah siri mania yang lebih ringan dan biasanya tidak menjejaskan sesorang individu tersebut.

Pada fasa kemurungan, mereka mungkin menghadapi:

  1. Kesedihan melampau (seminggu atau lebih)
  2. Tiada harapan dalam diri
  3. Kehilangan tenaga
  4. Hilang minat pada aktiviti yang dahulu mereka kerap lakukan.
  5. Tidur terlalu banyak atau terlalu pendek
  6. Niat untuk membunuh diri

 

Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.

Kedua-dua bahan kimia ini adalah lebih tinggi dari biasa pada fasa mania dan rendah pada fasa kemurungan.

Serotonin memainkan peranan yang penting dalam emosi manakala Dopamin pula penting dalam pengawalan pergerakan, fokus dan motivasi.


Bagaimanapun, berbanding penyakit kecelaruan psikosis seperti schizophrenia, penyakit yang melibatkan kecelaruan emosi seperti bipolar mempunyai tahap penyembuhan serta prognosis yang lebih baik.

Terdapat beberapa cara rawatan yang boleh dilakukan. Antaranya adalah menggunakan ubatan penstabil emosi, temujanji kaunseling atau rawatan psikoterapi.

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/bipolar-disorder
  2. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bipolar-kecelaruan-emosi-silih-berganti-218083

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}