Bidara: Tidak Popular Namun Sangat Berkhasiat!

Bidara atau nama saintifiknya Mauritiana ziziphus berasal dari China dan ia telah tersebar luas ke seluruh dunia. Bidara ditanam untuk tujuan perubatan dan juga untuk mendapatkan buahnya. Ciri-ciri pohon bidara ialah dahannya berduri tajam, batangnya berkayu keras dan liat manakala daunnya pula berwarna hijau kekuningan. Bunganya pula bersaiz kecil dan berwarna putih kehijauan manakala buah bidara berwarna merah atau hijau dan berbentuk bulat atau lonjong. (1)

Bahagian yang selalu digunakan adalah akar, batang,daun dan buahnya sendiri. Berikut adalah contoh kegunaan bidara mengikut bahagian: (1)

1)Akar dan batang: Mencuci kudis dan luka

2)Akar: Minum air rebusan akar bidara jika anda mengalami sakit sendi, gout dan demam.

3)Daun: Untuk bisul, ketuat dan luka.

4)Buah: Boleh dibuat jeruk atau dimakan mentah. Ia dipercayai mampu membersihkan darah dan mengubat masalah penghadaman.(2)

Selain itu bidara juga diketahui mampu menyembuhkan cirit birit, kencing manis dan malaria, ulser, menghentikan pendarahan gusi dan banyak lagi khasiat yang lain!

Bidara turut digunakan dalam penyediaan ubat batuk kerana ia dapat membantu penyingkiran lendir dari paru-paru, hidung dan juga tekak. (1)

Walaupun tidak sepopular buah delima, anggur atau kurma, buah bidara mempunyai potensi untuk dimajukan. Lebih-lebih lagi kerana keseluruhan bahagian pokok bidara boleh memberi manfaat. Keistimewaan dan kelebihan bidara ini turut terkandung dalam ayat al-Qur’an dan himpunan al-Hadith.(2)

 

Rujukan:

 (1) dbp.gov.my

(2) researchgate.net

 

 

 

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}