Berpuasa Disebalik Islam dan Sains

Berpuasa di bulan Ramadhan menurut sejarah Islam mula diperintahkan pada tahun ke-2 setelah Hijrah Nabi ke Madinah. Tahun itu juga terjadinya perang pertama antara kaum Muslimin dan musyrikin Makkah iaitu Perang Badar.

Malah perintah berpuasa bukan lah sebuah perintah yang dikhususkan pada umat Rasulullah SAW sahaja, ia juga telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Hikmah berpuasa bagi umat Islam adalah bagi meningkatkan ketaqwaan pada Allah SWT, latihan mengawal nafsu dan cubaan mengubah diri menjadi lebih baik secara keseluruhannya.

Begitupun tahukah anda, amalan berpuasa merupakan sesuatu yang amat digalakkan oleh mereka yang bukan Muslim malah penyelidik sains? Jom ketahui beberapa manfaat kesihatan yang menakjubkan disokong oleh sains tentang amalan Rukun Islam ketiga ini.

 

Manfaat Puasa Menurut Sains

Selain tujuan ibadah dan amalan rohani, berpuasa turut dijadikan amalan untuk berdiet dan mengurangkan berat badan. Ternyata ia adalah sebuah kaedah yang efektif dan tidak memerlukan si pengamal untuk menyeksa diri berlapar sehingga berlakunya masalah seperti bulimia nervosa.

Berpuasa mula menjadi amalan yang popular dengan adanya kaedah-kaedah diet baru seperti Intermittent fasting dan Keto diet yang mengambil asas berpuasa sebagai cara mengurangkan berat badan.

Berikut merupakan antara manfaat lain berpuasa disokong oleh kajian sains.

  1. Puasa dapat mengurangkan berat badan dan lemak perut

 

Berpuasa diantara 2-3 minggu sahaja dapat mengurangkan 4% berat badan manakala berpuasa 8-12 minggu menurunkan 8% daripada berat badan anda menurut kajian K. Varady (2). Berat yang turun itu sebahagian besar merupakan 75-90% lemak dalam tubuh badan anda.

 

Berpuasa juga ialah sebuah kaedah terbaik mengurangkan perut buncit. Syaratnya anda haruslah juga mengawal pemakanan ketika bersahur dan berbuka. Hanya makan sekadar perlu dan bukan dijadikan saat untuk membalas dendam buat perut anda.

 

  1. Berpuasa dapat mengurangkan risiko Diabetis jenis-2

 

Di Malaysia kira-kira 3.6 juta orang menghidap diabetis (2) manakala di Singapura ia merupakan punca kematian ke-10 tertinggi dengan kira-kira 400 ribu orang menghidapnya (3).

 

Dengan berpuasa, kajian membuktikan ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan kekurangan insulin dalam badan ini. Ertinya, tubuh anda tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan oleh pankreas anda secara efektif sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah (4).

 

Kebiasaannya mereka yang obes memiliki penyakit ini. Berpuasa membantu mengurangkan risiko diabetis dengan cara mengurangkan kadar gula dan meningkatkan keupayaan insulin. Apabila insulin anda semakin sensitif, maka kadar gula darah menurun sehingga risiko diabetis juga mampu dihindari (5).

 

  1. Meningkatkan keupayaan fungsi kognitif warga tua

 

Fungsi kognitif bermaksud fungsi utama otak seperti kebolehan mengingat, berfikir dan sebagainya. Sebuah kajian menarik oleh pelajar PhD Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan, orang tua yang mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis  mengambil konsep 5:2 (iaitu 5 hari makan 2 hari puasa) dengan mengambil air kosong dan kurma untuk bersahur.

 

Kajian mendapati mereka tergolong dalam penuaan berjaya (successful ageing) dimana meraka dikira sihat dari segala aspek berbanding kumpulan yang jarang mengamalkan amalan puasa sunat dan tidak mengamalkan langsung (6).

 

Antara risiko penyakit kegagalan kognitif yang boleh dikurangkan melalui berpuasa ialah dementia (nyanyuk) dan Alzheimer (6). Kajian juga

 

  1. Berpuasa ialah cara badan anda memulih dengan sendiri.

 

Valter Longo, biologis dan pengkaji tentang berpuasa berkata “Disebabkan kita sentiasa makan, badan kita mula hilang daya memulih daripada dalam” (7). Bermaksud keupayaan badan memulih dengan sendiri berkurangan akibat pemakanan tidak sihat.

 

Kata Valter juga, berpuasa bermaksud kesemua organisma kecil dalam badan anda berlapar kerana anda tidak makan dan mereka mula memakan diri sendiri. Bunyi seperti menyeramkan bukan? Namun ada manfaatnya: ia membiarkan badan anda mengitar semula tenaga dan melakukan ‘kemas kini’. Mudah kata, sel pertama yang mati ketika anda berpuasa adalah sel yang tidak kuat, dan sel baharu akan terhasil (8).

 

  1. Berpotensi mencegah dan mengurangi risiko kanser

 

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Pertambahan sel yang tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal dikenali sebagai tumor.

 

Beberapa kajian yang dilakukan keatas tikus makmal (biologi haiwan paling mirip manusia) mendapati, tikus yang menderita penyakit kanser menunjukkan bahawa puasa dapat meningkatkan jangka hayat mereka (8). Kajian lain juga menunjukkan perkara yang sama, berpuasa dua hari dapat memperlambatkan pertumbuhan beberapa jenis tumor pada tikus.

 

Walaupun baru diperingkat kajian tikus makmal namun ia menunjukkan potensi yang terdapat pada amalan berpuasa dalam mengurangkan risiko kanser.

 

Kesimpulannya, amalkan berpuasa bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada hari-hari yang lain. Disebabkan itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Allah Maha Besar dan Allah Maha mengetahui akan isi alam yang dicipta oleh Nya.

Amalan berpuasa bukan sahaja dapat menyucikan rohani anda malah memulih badan agar untuk kekal sihat dan memanjangkan jangka hayat hidup kita, InsyaAllah.

 

Rujukan:

 

  1. A. Varady, “Intermittent versus daily calorie restriction: which diet regimen is more effective for weight loss?,” Obes. Rev., vol. 12, no. 7, pp. e593–e601, Jul. 2011.
  2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/27/malaysia-has-36-million-diabeticssays-dzulkefly
  3. https://www.healthxchange.sg/diabetes/essential-guide-diabetes/diabetes-singapore-stats-prevention-tips
  4. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/diabetes/type-2-diabetes
  5. R. Barnosky, K. K. Hoddy, T. G. Unterman, and K. A. Varady, “Intermittent fasting vs daily calorie restriction for type 2 diabetes prevention: a review of human findings,” Transl. Res., vol. 164, no. 4, pp. 302–311, Oct. 2014.
  6. https://scholar.google.com/citations?user=PoKNnEwAAAAJ&hl=en
  7. https://www.discovermagazine.com/health/fasting-may-be-more-than-a-fad-diet
  8. https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2017/apr/02/is-fasting-a-free-health-fix-or-just-a-fad-dieting-science-ketagenic-michael-mosley-diabetes-ms
  9. Siegel, T. L. Liu, N. Nepomuceno, and N. Gleicher, “Effects of Short-Term Dietary Restriction on Survival of Mammary Ascites Tumor-Bearing Rats,” Cancer Invest., vol. 6, no. 6, pp. 677–680, Jan. 1988.

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}