Panduan Buat Tuan Rumah dan Tetamu Makan Sihat di Hari Raya!

Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, menundukkan nafsu serta meningkatkan amal ibadah kerana Allah SWT, Satu Syawal menjadi hari umat Islam meraikan kejayaan mereka. Pelbagai juadah dihidangkan Aidilfitri ini seperti rendang ayam, rendang daging, rendang itik, rendang arnab (ada ke??) dan pelbagai jenis rendang lagi lah. Minuman pula manis-manis dan bervariasi warna kerana masing-masing mahu memberikan layanan terbaik buat tetamu mereka yang mungkin jarang dapat bersua muka.

MyLustre mahu mengajak anda semua untuk sentiasa beringat tentang pemakanan yang sihat pada hari lebaran ini. Tidak mengatakan bahawa anda tidak boleh makan hidangan-hidangan raya itu namun terdapat panduan yang boleh anda ikut agar anda tidak jatuh sakit pula selepas beraya nanti.

 

Panduan Makan Sihat Aidilfitri Buat TUAN RUMAH

Anda selaku tuan rumah bertanggungjawab dalam menyediakan hidangan yang menyihatkan buat para tetamu anda. Ikuti panduan ini;

  • Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.
  • Sediakan air kosong pada setiap waktu makan.
  • Asingkan gula apabila menghidang teh atau kopi agar tetamu dapat mengisi gula mengikut keperluan mereka.
  • Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama.
  • Hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.
  • Sediakan pilihan makanan yang lebih sihat seperti sup berbanding kuah lemak.
  • Elakkan menghidang asam, jeruk dan gula-gula kepada tetamu semasa Hari Raya.

 

Panduan Makan Sihat Aidilfitri kepada TETAMU

Tetamu pula pasti akan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah dalam sehari bukan. Maka mengawal pemakanan anda adalah sangat penting. Kalau tidak makan langsung terasa pula si tuan rumah, jadi apakata anda ikut panduan ini;

  • Jika pilihan makanan yang sihat agak terhad, cuba makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
  • Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
  • Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
  • Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
  • Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.

 

Nah mudah sahaja bukan hendak kekal makan sihat di Hari Raya ini. Diharapkan panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Beringatlah untuk makan sihat dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri kali ini sebelum anda ditimpa sakit pula.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

 

Rujukan:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. http://www.ezdiet.com.my
  3. https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/nutrition/2013/08/11/eating-healthy-during-raya/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}