Berat Badan Tidak Menurun, Sebaliknya Meningkat? Apa Silapnya?

Setiap hari anda bersenam. Pemakanan juga telah dikawal namun perut anda masih buncit dan berlemak. Di manakah silapnya? Ketahui beberapa faktor yang menyebabkan berat badan anda meningkat walau pelbagai cara telah anda cuba!

 

Makanan

Pemilihan makanan berkhasiat seperti salad sememangnya bagus. Namun jika digabungkan dengan dressing yang berlebihan sudah tentu ia boleh jadi tak sihat juga! Cara masakan juga memainkan peranan penting. Sumber protein seperti ikan sangat bagus namun ia lebih bagus jika dipanggang berbanding digoreng.

Senaman

Rasa teruja dan bersemangat untuk bersenam sememangnya langkah awal yang bagus. Namun jangan terlalu bersemangat hanya pada permulaan kerana kebiasaannya jika anda bersungguh-sungguh pada permulaan, ia akhirnya akan buntu di tengah jalan. Seperti contoh kerana begitu bersemangat anda akan bersenam selama sejam untuk setiap sesi. Namun percayalah ia hanya akan bertahan selama seminggu sahaja atau kurang daripada itu!

Cara terbaik adalah mulakan dengan berjalan selama 20 minit dan lakukannya sebanyak 3 kali seminggu. Tambahkan masa kepada 30 minit setelah metabolisme badan anda dapat menerimanya. Usah terlalu ekstrem kerana jika badan anda terkejut, anda akan berasa kurang motivasi dan cepat letih untuk meneruskan matlamat anda itu.

Pil Kurus

 

Lambakan pil kurus di pasaran beserta testimoni penggunanya mungkin boleh mengaburi mata anda sekaligus membuatkan anda yang ingin kurus membelinya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Pil sebegini mungkin boleh membuatkan anda kurus sekelip mata, namun ia juga boleh membuatkan berat anda naik dengan lebih pantas. Kajian juga menunjukkan ia boleh membahayakan kesihatan dan menghakis tali perut anda.

 

Minuman Berkalori 

Anda cuba kurangkan makan namun anda gemar minuman berkalori seperti minuman bergas, coklat dan lain-lain. Cara ini salah sama sekali. Sebuah kajian telah dilakukan di Amerika Syarikat dan hasil kajian mendapati 21 peratus rakyat Amerika naik berat badan kerana air yang diminum.

 

Anda bagaimana? Ada lakukan kesalahan seperti yang disenaraikan di atas? Tak terlambat untuk anda ubah gaya hidup anda itu, ok!

 

Sumber: Majalah EH!

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}