Berapa Kali Anda Boleh Tekan Tubi?

Lelaki yang mampu melakukan tekan tubi 40 kali atau lebih mempunyai 96% lebih kurang risiko untuk mengalami masalah jantung dalam 10 tahun akan datang daripada mereka yang berputus asa pada bilangan ke 10 atau kurang (1).

 

Peratusan diambil daripada kajian baharu JAMA Network Open ini menimbulkan pendapat bahawa senaman tekan tubi boleh menjadi alat Do-It-Yourself terbaik untuk meramal kondisi jantung anda. Pendapat ini disokong oleh pengkaji Akademi Kesihatan Umum Universiti Harvard, Justin Yang.

 

Penting untuk kita mengambil berat kondisi jantung kita kerana penyakit kardiovaskular merangkumi 31% kematian seluruh dunia pada 2017 menurut Benjamin EJ, dalam kajiannya Heart Disease and Stroke Statistics – 2017 (2). Penyakit kardiovaskular juga merupakan antara penyebab kematian paling umum di Asia Tenggara. Penyakit seperti serangan jantung dan strok selain menyebabkan kematian juga boleh menyebabkan ketidakupayaan bergerak atau kelumpuhan.

 

Jadi berapa banyak kali anda boleh tekan tubi? Luca Fornari, seorang pelatih kekuatan badan ISSA berkata, cara terbaik untuk meningkatkan jumlah tekan tubi adalah dengan terus melakukan tekan tubi mengikut kemampuan dahulu (3). Ya, jika anda konsisten anda mampu meningkatkan jumlahnya sedikit demi sedikit. Apa yang penting adalah komitmen anda untuk terus melakukannya. Bonus buat anda kerana tekan tubi juga mampu menguatkan lagi bahagian atas badan seperti otot dada, bicep dan tricep anda. Malah Fornari turut berpendapat dengan motivasi melihat hasil jumlah tekan tubi anda, ia boleh meningkatkan keyakinan dan mungkin mendorong anda untuk melakukan senaman-senaman yang lain.

 

Tekan tubi dikategorikan sebagai senaman di rumah dan terdapat pelbagai kaedah dalam senaman ini. Antara tekan tubi yang ada ialah Traditional pushup, Wide-grip pushup, Close-grip pushup, Clap pushup dan senarainya berterusan. Jadi ingat, lebih banyak tekan tubi lebih sihat jantung anda!

 

Rujukan:

  1. https://jamanetwork.com
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov
  3. https://www.quora.com

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}