Benci Bau Daun Ketumbar? Ketahui Mengapa!

Ada tak di kalangan anda yang tak suka bau daun ketumbar? Ada yang mendakwa daun ketumbar berbau serangga seperti kumbang! Ramai juga sebenarnya yang ‘alah’ pada bau ketumbar. Kenapa agaknya ya?

Ketumbar  dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai cilantro atau coriander. Manakala nama saintifiknya ialah Coriandrum sativum. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.

Bau ketumbar dipengaruhi oleh kompaun kimia yang digelar linalool. Daun ini sebenarnya memberikan persepsi bau dan rasa yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar dan mempunyai rasa sitrus. Sesetengah pula mendapati baunya seakan sabun, serangga dan ada juga yang kata ia seperti sayur busuk!

Mengapakah ini terjadi?

Ini adalah kerana daun ketumbar mengandungi kompaun aldehid tinggi yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal.

Kenapa pula sesetengah orang merasakan tak ada bau pelik pada ketumbar?

Ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mempengaruhi persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.

Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid. Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.

Menurut kajian, terdapat 14-21% dari orang Asia Timur, Caucasian dan Afrika  tidak menyukai ketumbar. Manakala, hanya 3-7% saja dari populasi seperti Asia Barat, Asia Selatan, Hispanic dan Timur Tengah tidak sukakan bau ketumbar.

Bagaimana dengan anda? Suka atau tidak?

 

RUJUKAN

1) Knaapila, A. et al. Chem. Senses http://dx.doi.org/10.1093/chemse/bjs070 

2) Mauer, L. & El-Sohemy, A. Flavour http://dx.doi.org/10.1186/2044-7248-1-8(2012).

3) Quynh, C. T. T., Iijima, Y. & Kubota, K. J. Agr. Food Chem. 58, 1093–1099 (2010).

4) Facebook Page: Ini Sains Beb

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}