Bebola Ayam dengan Sos Berkrim Ala Russia

Bebola Ayam dengan Sos Berkrim Ala Russia

 

Bahan-bahan:

Untuk bebola ayam:

  • 450g daging ayam cincang
  • 1 cawan nasi putih (dibiarkan dalam suhu bilik)
  • 1 biji telur yang besar
  • Setengah biji bawang besar diparut
  • 1 ulas bawang putih diparut.
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • ½ cawan tepung
  • 2 sudu besar minyak zaitun

 

Untuk Sos:

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan stok ayam
  • ¼ cawan krim masakan (cooking cream)
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Rosemary sebagai penambah rasa dan hiasan

 

Cara-caranya:

 

  1. Campurkan daging ayam cincang, nasi, telur, parutan bawang besar dan bawang putih, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk yang besar. Kacau sebati.
  2. Bentuk adunan daging kepada bentuk bebola kemudian masukkan dalam tepung.
  3. Panaskan pan yang diisi 2 sudu besar minyak dengan api sederhana. Letakkan bebola dalam pan dan goreng selama 4 minit. Tukar bahagian bebola, tutup dan masak lagi selama 3 minit atau sehingga bebola berwarna perang keemasan. Kemudian pindahkan ke dalam pinggan
  4. Panaskan pan yang sama di atas api sederhana. Cairkan 2 sudu besar mentega kemudian masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan kacau sehingga adunan berwarna perang. Masukkan 2 cawan stok ayam dan kacau sehingga sos memekat. Tambahkan ¼ cawan krim masam, 1 sudu teh serbuk paprika, ½ sudu teh garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Renehkan sos dan kacau sehingga sos memekat. Masukkan bebola ayam dan salut bebola dengan sos untuk seketika. Letakkan dalam mangkuk kemudian hiaskan dengan daun rosemary. Hidangkan panas-panas!

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published