Bahaya Penggunaan Plastik

Anda pasti sudah acapkali dengar tentang kempen katakan tidak kepada beg plastik. Adakah anda turut serta dalam kempen ini atau masih membayar RM0.20 untuk setiap plastik di pasaraya?

Prof Dr Mustafa Ali iaitu seorang pengkaji dari Universiti Malaya pernah menyarankan agar bungkusan minuman dan makanan yang diperbuat dari plastik perlu dihentikan. Menurut beliau, beg plastik untuk bungkusan minuman dan makanan biasanya mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Bisphenol A (BPA) dan juga phthalates. (1)

Apabila plastik ini diisi dengan minuman panas dan berasid seperti jus limau, kesan haba dan perubahan pH boleh meningkatkan tahap resapan dan larut bahan-bahan ini ke dalam makanan atau minuman.(1)

kredit foto: tokopedia

Untuk makluman, phthalates adalah bahan kimia yang menyebabkan gangguan dan kemusnahan kepada sistem hormon manusia. BPA pula adalah bahan kimia yang mempunyai ciri ciri yang sama seperti estrogen.(1)

Kanak kanak yang terdedah kepada bahan ini akan mengalami gangguan hormon, menyebabkan masalah kesuburan dan lebih cepat matang. Risiko kanser payudara dikalangan wanita juga disebabkan oleh gangguan hormon estrogen. Sekiranya lelaki yang mengalami gangguan ini, lebihan hormon estrogen boleh mengakibatkan peningkatan ciri-ciri feminin! (1)

Kenyataan ini dibantah oleh pihak industri. Menurut mereka plastik yang digunakan untuk membungkus makanan menepati piawaian yang ditetapkan oleh FDA. Kata mereka lagi, kajian yang dilakukan ke atas tikus makmal menunjukkan tiada perubahan seperti mana yang di dakwa pengkaji.(2)

Walaupun kesan sebenar belum dapat dipastikan, langkah mengucapkan selamat tinggal kepada pembungkus plastik adalah wajar dilakukan. Bayangkan, anda hanya menggunakan ia beberapa minit namun plastik tersebut akan kekal di bumi sehingga beratus tahun lamanya! (2)



Oleh itu beralihlah kepada bahan yang lebih selamat dan mesra alam dan hentikan penggunaan plastik “single use”. (2)

 

Rujukan

 (1) thestar.com.my

(2) Ahli Toksikologi Universiti Malaya, Prof Dr Mustafa Ali

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}