Bahaya Minyak Masak!

Tahukah anda penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bertumis ataupun bergoreng perlu dihadkan dalam masakan seharian? Lebih-lebih lagi jika minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali. Ini adalah kerana ketika proses menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik yang dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia. (1)

Sisa toksik tersebut turut tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Jadi semakin kerap minyak masak digunakan, semakin banyak juga sisa toksik yang terkumpul.Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula pula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Akibatnya terjadilah masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit hati, penyakit jantung, penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit alzheimer, parkinson dan barah.(1)

Lebih baik jika minyak masak digunapakai sehingga dua atau tiga kali sahaja, maksimum! Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan. Jika minyak berkenaan telah bertukar kelikatan dan warnanya seperti kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang. Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ikan, ayam atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang. (2)

Rujukan:

 (1) http://htapah.moh.gov.my

(2) Pakar Pemakanan DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}