Bagaimana Hendak Capai 8 Gelas Air Ramadan Ini

Umum mengetahui manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 liter air kosong sehari iaitu kira-kira 8 gelas biasa. Dan kadar ini perlu dicapai khususnya di bulan Ramadan ini kerana kita lebih mudah mengalami dehidrasi kerana kekurangan air.
Namun agak sukar untuk mencapai 8 gelas air ini kerana Ramadan rutinnya berbeza berbanding hari biasa dimana kita boleh minum air bila-bila masa sahaja. Selain waktu sahur dan iftar, bagaimana kita hendak kekal mendapatkan dos air kosong yang secukupnya. Ikuti tips dibawah.
Tips 8 Gelas Air Sehari Di Bulan Ramadan
Kira-kira 70 peratus kandungan badan terdiri daripada air maka jelas lah kepentingan air kepada badan kita. Cuba amalkan tips rutin harian ini ihsan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
GELAS PERTAMA
- Sejurus selepas bangun untuk bersahur minum segelas air suam.
GELAS KEDUA
- Selepas selesai bersahur, minum air kosong dan minum juga air bernutrisi tinggi seperti jus buah-buahan atau barli.
GELAS KETIGA
- Selepas Azan Magrib, terus minum segelas air bersama kurma. Kombinasi ini sangat baik untuk menyegarkan badan sejurus berbuka.
GELAS KEEMPAT
- Minum segelas air selepas Solat Magrib. Anda sudah separuh daripada keperluan air anda disini.
GELAS KELIMA
- Selepas makan, minum segelas lagi air kosong. Adalah lebih baik jika ianya air suam.
GELAS KEENAM
- Selesai Solat Isya, dapatkan lagi segelas air untuk persediaan aktiviti seterusnya.
GELAS KETUJUH
- Ibadah Terawih bagus dilakukan bulan ini, minum segelas air selesai solat Terawih.
GELAS KELAPAN
- Tahniah anda sudah capai gelas terakhir! Minum segelas air sebagai persediaan sebelum tidur.
Mudah sahaja hendak mencapai 8 gelas air bulan Ramadan ini bukan. Semoga dengan tips ini memberi manfaat kepada hidupan seharian anda dan mencegah dehidrasi saat berpuasa, Insha Allah.
Rujukan:
Leave a comment