Ayam Panggang Bersama Salad Jagung – MyLustre.com

Ayam Panggang Bersama Salad Jagung

Bahan-bahan

  • 4 Peha Ayam
  • 2 ½ sudu teh garam (dibahagikan)
  • 1 sudu teh lada hitam (dibahagikan)
  • 3 sudu besar bawang Holland (dicincang)
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu teh mustard madu
  • 2 sudu teh madu
  • 5 sudu besar minyak zaitun (untuk salad)
  • 3 cawan jagung
  • 2 cawan tomato ceri (dibelah dua)
  • ¼ cawan daun basil dihiris nipis

 

Cara-caranya:

Langkah 1:

Panaskan kuali pemanggang dengan api sederhana dan ratakan minyak di atasnya. Taburkan 1 sudu teh garam dan ½ sudu teh lada hitam ke atas ayam. Letakkan ayam ke dalam kuali pemanggang dengan bahagian kulit di bawah. Panggang sehingga kulit rangup dan berwarna coklat keemasan (5 hingga 6 minit). Pusing ayam dan panggang lagi selama 6 hingga 7 minit.

 

Langkah 2:

Masukkan 1 ½ sudu teh garam, ½ sudu teh lada hitam, bawang, jus lemon, mustard madu dan madu ke dalam sebuah mangkuk dan kacau sebati kesemua bahan tadi. Masukkan minyak zaitun dan kacau kemudian tambahkan jagung,tomato dan daun basil. Kacau sebati. Hidangkan salad bersama ayam yang dipanggang tadi.

 

Nota: Gunakan jagung segar untuk tesktur yang rangup dan kesedapan berganda. Untuk pengetahuan anda, kami tak rebus jagung segar ini.

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}