Ayam Mewah Berkrim

 Bahan-bahan:

  1. 165g sos mustard madu
  2. 3 sudu besar minyak zaitun
  3. 1 sudu teh garam
  4. 1 sudu teh lada hitam
  5. 2 keping dada ayam (yang besar)
  6. 1 sudu teh minyak zaitun
  7. 3 ulas bawang putih dilenyek
  8. 300 ml krim
  9. Secubit garam
  10. 2 sudu besar daun thyme
  11. 1 sudu teh tepung jagung
  12. 2 sudu besar air

 

Cara-caranya:

 

1. Masukkan sos mustard madu ke dalam sebuah mangkuk besar bersama 3 sudu besar minyak zaitun, garam, lada hitam dan kacau sebati.

2. Masukkan dada ayam ke dalam mangkuk tadi dan salutkan sos tadi dengan rata. Perapkan selama 20 minit.

3. Masukkan 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana. Kemudian layur (sear) ayam tadi sebentar. (Madu boleh membuatkan ayam cepat hangus, jadi layur ia sebentar sahaja. Dada ayam tersebut akan dimasak sepenuhnya dalam sos sebentar lagi)

4. Gunakan kuali yang bersih dan panaskan sedikit minyak kemudian goreng bawang putih sehingga wangi.

5. Tuang krim dan kacau sebati kemudian masukkan daun thyme.

6. Campurkan air bersama tepung jagung kemudian masukkan ke dalam kuali sehingga mendidih dengan perlahan.

7. Masukkan dada ayam ke dalam kuali dan masak sehingga 5 minit atau sehingga sos memekat. Salut dada ayam dengan sos tersebut.

8. Anda boleh makan bersama hidangan sampingan seperti kentang goreng atau kentang lenyek! Sedappppp!

 

*Lagi sedap sebenarnya jika anda tambah beef breakfast atau beef bacon yang digoreng rangup ke dalam hidangan anda!

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}