Ayam Gajus Thai

Ayam Gajus Thai

Bahan-bahan:

400g dada ayam (dipotong dadu)

½ cawan tepung jagung

Garam laut secukup rasa

Minyak masak untuk menggoreng + 1 sudu besar ekstra

3 ulas bawang putih (dicincang)

1 bawang Holland (dihiris)

½ cawan kacang gajus mentah

1 atau 2 biji lada benggala (dibuang biji dan dipotong dadu)

5 tangkai cili kering (dipotong kecil)

¼ cawan hirisan daun bawang

 

Bahan-bahan untuk sos:

2 sudu besar kicap cair

2 sudu besar cuka

2 sudu besar gula

1 sudu teh kicap manis

½ sudu teh tepung jagung

 

Cara-caranya:

Langkah 1

Kacau semua bahan untuk sos dalam sebuah mangkuk kecil

Langkah 2

Tuang minyak ke dalam kuali. Panaskan dengan api tinggi.

Langkah 3

Perasakan ayam dengan garam kemudian salut dengan tepung jagung. Masukkan ayam ke dalam kuali dan masak kira-kira 3 hingga 4 minit atau sehingga berwarna keemasan. Letakkan ayam yang telah dimasak ke dalam pinggan yang berlapikkan tisu dapur. Ulang proses sehingga ayam habis.

Langkah 4

Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali bersih dengan api sederhana. Masukkan bawang putih dan bawang Holland dan kacau setengah minit. Kemudian masukkan gajus, cili kering dan kacau lagi sehingga gajus berwarna perang keemasan. Tambahkan lada benggala dan kacau lagi selama seminit. Kemudian masukkan ayam dan sos dan kacau selama 3 minit atau sehingga sos memekat. Tambahkan daun bawang dan hidangkan segera bersama nasi atau begitu sahaja!

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published