Ayam Brokoli Chinese Style

Ayam Brokoli Chinese Style

Bahan-Bahan:

  1. 450g dada ayam (dipotong dadu)
  2. 2 sudu besar minyak masak (dibahagikan)
  3. 1 bunga brokoli (dipotong)
  4. 1 biji bawang Holland (kecil) dihiris panjang
  5. 200g cendawan putih (dipotong tebal)

Bahan Untuk Sos:

  1. 2/3 cawan stok ayam (suam atau panas)
  2. 3 sudu besar kicap cair (atau secukup rasa)
  3. 2 sudu besar gula atau madu secukup rasa
  4. 1 sudu besar tepung jagung
  5. 1 sudu besar minyak bijan
  6. 1 sudu teh halia (dikupas dan diparut)
  7. 2 ulas bawang putih (diparut)
  8. Lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan untuk sos dan kacau untuk melarutkan gula dan tepung jagung. Kemudian ketepikan.
  2. Ayam dipotong dadu kemudian diperasakan dengan sedikit lada hitam
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana kemudian tambahkan 1 sudu besar minyak.
  4. Masukkan ayam dan biarkan selama 1 minit tanpa dikacau dan kemudian kacau selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Kemudian letakkan dalam mangkuk dan ketepikan.
  6. Dalam kuali yang sama, masukkan 1 sudu besar minyak bersama brokoli,hirisan bawang dan cendawan. Kacau selama 3 minit atau sehingga cendawan dan brokoli lembut dan garing.
  7. Kacau sos dalam mangkuk kemudian tuang ke atas sayur-sayuran. Didihkan selama 3 hingga 4 minit atau sehingga sos memekat. Tambahkan sesudu besar air atau secukupnya jika anda tidak mahu sos terlalu pekat.
  8. Masukkan ayam yang digoreng tadi kemudian kacau sebati. Tambah kicap cair jika anda mahu mengikut citarasa anda dan makan hidangan ini bersama nasi panas atau begitu sahaja!

 

Nota: Tambahkan biji bijan yang telah dipanggang jika anda suka!

 

 

 

 

 

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published