Ayam Brokoli Chinese Style

Bahan-Bahan:
- 450g dada ayam (dipotong dadu)
- 2 sudu besar minyak masak (dibahagikan)
- 1 bunga brokoli (dipotong)
- 1 biji bawang Holland (kecil) dihiris panjang
- 200g cendawan putih (dipotong tebal)
Bahan Untuk Sos:
- 2/3 cawan stok ayam (suam atau panas)
- 3 sudu besar kicap cair (atau secukup rasa)
- 2 sudu besar gula atau madu secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu teh halia (dikupas dan diparut)
- 2 ulas bawang putih (diparut)
- Lada hitam secukup rasa
Cara-caranya:
- Campurkan kesemua bahan untuk sos dan kacau untuk melarutkan gula dan tepung jagung. Kemudian ketepikan.
- Ayam dipotong dadu kemudian diperasakan dengan sedikit lada hitam
- Panaskan kuali dengan api sederhana kemudian tambahkan 1 sudu besar minyak.
- Masukkan ayam dan biarkan selama 1 minit tanpa dikacau dan kemudian kacau selama 5 minit atau sehingga masak.
- Kemudian letakkan dalam mangkuk dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, masukkan 1 sudu besar minyak bersama brokoli,hirisan bawang dan cendawan. Kacau selama 3 minit atau sehingga cendawan dan brokoli lembut dan garing.
- Kacau sos dalam mangkuk kemudian tuang ke atas sayur-sayuran. Didihkan selama 3 hingga 4 minit atau sehingga sos memekat. Tambahkan sesudu besar air atau secukupnya jika anda tidak mahu sos terlalu pekat.
- Masukkan ayam yang digoreng tadi kemudian kacau sebati. Tambah kicap cair jika anda mahu mengikut citarasa anda dan makan hidangan ini bersama nasi panas atau begitu sahaja!
Nota: Tambahkan biji bijan yang telah dipanggang jika anda suka!
Leave a comment