Awas, Tak Semua Tip Kecantikan Semulajadi Selamat Digunakan!

Adakah anda seorang yang mementingkan kecantikan secara semulajadi? Jika ya, anda mungkin pernah menggunakan kaeday DIY ini. Walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi mahupun organik, tip-tip di bawah ini tetap bahaya kepada anda. Hati-hati sebelum anda mengamalkan tip yang kami senaraikan ini!

Mayonis sebagai mask

Penulis pernah baca seorang artis Malaysia ni menggunakan mayonis sebagai masker muka dan juga di seluruh badannya. Euwww! Sebenarnya mayonis mengandungi lemak dan minyak yang boleh menyebabkan liang atau pora muka tersebut. Hasilnya, ia menggalakkan pertumbuhan bakteria sekaligus jerawat! Namun tidak dapat disangkal yang ia mengandungi bahan yang dapat membantu mengurangkan kekusaman rambut. Jadi cubalah mayonis ke atas rambut dan buka muka anda!

Telur untuk menegangkan muka 

Banyak spa dan klinik kecantikan menggunakan putih telur dalam rawatan muka. Jika anda ingin melakukannya sendiri di rumah, anda hendaklah berhati-hati kerana jika anda termakan telur muntah, risiko untuk anda terkena kuman salmonella yang boleh mengakibatkan keracunan makanan adalah tinggi!

 

Baking soda sebagai exfoliator

Ada sesiapa yang mengamalkan exfoliat atau pengelupasan kulit seminggu sekali?Bahan semulajadi yang mana anda selalu gunakan? Ada yang menggunakan baki kisaran kopi. Ada juga trend yang menggunakan baking soda, namun sebernarnya ia bahaya kerana nilai pH yang tinggi dalam baking soda boleh menjejaskan kesihatan kulit muka anda!

 

Ubat gigi untuk jerawat.

Antara tip kecantikan DIY yang klasik. Namun bahan yang terkandung dalam ubat gigi sebenarnya berupaya merosakkan kulit. Jerawat anda mungkin akan mengecil namun ada kesan sampingannya! Anda akan mengalami kerengsaan kulit dan lebih teruk lagi parut jerawat!

 

Lemon untuk putihkan kulit

Terdapat beberapa produk kecantikan yang menggunakan lemon sebagai bahan untuk mencerahkan kulit. Sebenarnya lemon agak bahaya kepada kulit kerana ia mempunyai nilai pH 2 yang asidik dan tidak sesuai dengan kulit manusia. Antara kesan lemon terhadap kulit ialah kekeringan dan menjadikan ia sensitif kepada sinaran matahari.

 

Amacam, pernah cuba ke kaedah-kaedah tersebut? Kalau pernah segera hentikan sebelum penampilan anda terjejas akibat kerosakan kulit atau akibat jatuh sakit!

 

Sumber: Good Housekeeping

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}