Awas, Nasi Boleh Jadi Punca Anda Keracunan Makanan! – MyLustre.com

Awas, Nasi Boleh Jadi Punca Anda Keracunan Makanan!

Ada orang tak bertenaga atau tak boleh kalau tak makan nasi. Nasi sememangnya merupakan makanan ruji orang Malaysia dan Asia terutamanya. Namun nasi mengandungi bakteria yang boleh menjadi punca keracunan makanan. Oleh sebab itu anda perlu tahu cara memasak, menyimpan dan memanaskan nasi dengan betul.

Sebenarnya kaedah yang betul ialah nasi perlu dimakan panas-panas sejurus selepas ia dimasak. Nasi juga perlu dihabiskan dengan cepat kerana tidak elok untuk menyimpan nasi dalam tempoh yang lama. Sebaik-baiknya masaklah nasi untuk makan tengah hari sahaja misalnya. Untuk makan malam anda boleh memasak semula nasi sebelum makan. Namun jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan tak semestinya semua orang makan dalam satu-satu masa, simpan baki nasi tersebut dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Tapi ingat, anda tidak boleh menyimpannya lebih dari 1 hari.

Ini adalah cara untuk anda menghalang nasi anda dari tercemar:

Panaskan dengan ketuhar mikro

Letakkan nasi dalam bekas terbuka kemudian tambahkan 1 atau 2 senduk air ke dalamnya dan panaskan selama 3 hingga 4 minit dengan suhu sekitar 73 darjah celcius.

Mengukus

Isi separuh alat pengukus nasi dengan air putih kemudian tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan nasi dalam mangkuk stainless steel. Tutup dan kacau sesekali. Pastikan kesemua nasi panas termasuk di bahagian bawah dan bukan atas sahaja.

 Menumis

Tumis nasi atas periuk dengan sedikit minyak pada api sedang. Nasi yang sejuk biasanya akan bergumpal jadi kacau gumpalan tersebut hingga terpisah. Pastikan juga suhu nasi telah mencapai sekurang-kurangnya 73 darjah celcius. Kemudian sajikan nasi tersebut sementara ia masih hangat.

Kesimpulannya, nasi boleh dipanaskan kembali namun tidak boleh dibiarkan terlalu lama untuk mengelakkan keracunan makana. Ambil perhatian dalam bab ini ya!

 

 

Sumber:

Hello Health Group

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}