Awas, Jika Anda Sering Pandu Lebih 39 Minit Ke Tempat Kerja!  

Adakah anda sering memandu dalam tempoh masa yang panjang untuk ke tempat kerja anda? Jika ya, awas! Aktiviti memandu dalam tempoh yang lama, tidak kisah apa pun tujuan dan destinasi, sebenarnya memberi kesan terhadap kesihatan anda.

Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2012 itu mendapati aktiviti memandu 20 batu atau lebih berulang kali untuk bekerja setiap hari menyebabkan tekanan darah, paras gula dalam darah dan tahap obesiti lebih tinggi. Hasil penemuan tersebut telah diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine.

Secara logiknya jika anda hanya duduk sahaja bermaksud anda kurang bergerak dan bersenam. Kemungkinan besar juga anda akan mengunyah makanan yang tidak berkhasiat untuk mengisi kebosanan anda ketika menghadapi kesesakan lalu lintas.

Menurut sebuah artikel lain yang turut diterbitkan dalam jurnal yang sama , semakin banyak dan semakin lama anda memandu, maka semakin kurang masa bersosial anda. Pengkaji di Sweden turut mengaitkan masa perjalanan 45 minit atau lebih kepada kenaikan sebanyak 40% kemungkinan berlaku perceraian.

Manakala penyelidik dari Universiti of Waterloo, Kanada pula mendakwa golongan yang paling banyak menghabiskan waktu di jalan raya adalah golongan yang paling tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Jika anda tergolong dalam golongan yang sering menghabiskan masa di jalan raya, apakah cara anda untuk mengatasi kebosanan atau tekanan tersebut?

 

Rujukan:

  1. https://says.com
  2. https://hellodoktor.com/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}