Awas, Jangan Minum Susu Kambing Mentah!

Susu kambing sememangnya mengandungi banyak khasiat. Pengambilan susu kambing secara teratur mampu mencegah pereputan tulang (osteoporosis) dan juga mampu mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. Didakwa sebagai susu terbaik selepas susu ibu, produk minuman susu kambing kini mendapat permintaan tinggi kerana manfaatnya yang pelbagai. (3)

Namun awas! Ia boleh memudaratkan jika diminum mentah-mentah tanpa dimasak terlebih dahulu. Pada bulan lepas, terdapat sebuah kes di mana seramai 8 orang telah dijangkiti dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing mentah daripada sebuah ladang ternakan kambing. Hasil siasatan mendapati, susu mentah yang diminum oleh mangsa-mangsa tersebut telah dicemari dengan kuman Brucella iaitu sejenis kuman merbahaya yang boleh menyebabkan maut.(1)

Pengusaha ladang kambing yang terletak di Pulau Indah Klang itu juga telah didakwa dimahkamah kerana menjual susu mentah kepada pelanggan. Hal ini sama sekali bertentangan dengan Akta Makanan 1983 dan Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhkan hukuman denda RM 1000 atau penjara tidak melebihi 2 minggu. (1)

Masih ramai yang memilih susu mentah walaupun telah diberi amaran. Ada yang mempercayai  susu kambing mentah dapat meningkatkan ketahanan badan, dapat merawat penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit demam kuning atau sebagai tonik hati. Hakikatnya untuk pengetahuan anda, susu mentah adalah antara medium untuk pertumbuhan bakteria  merbahaya termasuk Brucella spp dan Mycobacterium spp.Pengusaha dan penjual susu juga disarankan agar mematuhi Peraturan 51, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu tidak boleh menjual susu yang tidak diproses.(1)

Oleh itu pastikan jika anda ingin meminum susu kambing, ia telah pun dimasak (mendidih) terlebih dahulu!  (2)

 

Sumber:

(1) Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Selangor - Susu kambing           Mengandungi Bakteria Brucella

(2) Public Health Malaysia

(3) hmetro.com.my

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}