Awas, 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jejaskan Otak dan Mental Anda!


Ada sesiapa di sini yang mempunyai tabiat buruk? Siapa yang nak beritahu tabiat buruk masing-masing kan? Di bawah ni kami senaraikan 5 tabiat buruk yang jika anda amalkan setiap hari, boleh menjejaskan kesihatan otak anda. Jika anda mempunyai tabiat-tabiat buruk tersebut,cubalah buat sesuatu sebelum terlambat!

1. Kurang Tidur


Tidur yang cukup  penting bagi mendapatkan kesihatan tubuh, mental dan juga otak.Jika anda tak cukup tidur, anda mungkin berisiko untuk mendapat Alzheimer dan juga demensia.

Jika anda mengalami insomnia, cuba elakkan gajet, kafein dan juga alkohol pada waktu malam. Kemudian, cuba rutin tidur yang sama setiap hari.

2. Kurang Bersosial

Bersosial merupakan salah satu keperluan manusia . Jika ia tidak dipenuhi, risiko masalah mental seperti Alzheimer dan depresi akan meningkat. Maksud bersosial di sini adalah di dunia sebenar bukan di alam maya seperti di media sosial. 

3. Kerap makan makanan ringan dan segera


 
Makanan segera dan ringan mengandungi banyak bahan yang boleh menggangu fungsi otak berkaitan dengan memori, pembelajaran dan kesihatan mental secara am. Contohnya seperti kentang goreng, burger dan air berkarbonat. Jika anda mahu mengekalkan kesihatan otak, pilihlah makanan sihat seperti bijirin penuh, buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran.

4. Kurang Bergerak



Sebagai manusia, kita juga perlu banyak bergerak kena kehidupan tidak aktif bukan sahaja menyumbang kepada penyakit mental tetapi juga penyakit kronik seperti darah tinggi,obesiti,strok dan penyakit jantung. 

Tak rugi masa anda jika anda keluarkan sedikit peluh anda! 

5. Mendengar Lagu Terlalu Kuat 

Suka dengar lagu ketika bekerja? Tahukah anda jika anda dengar lagu menggunakan fon telinga dengan tahap yang kuat boleh merosakkan telinga dan membawa kepada gangguan otak? Kalau boleh cuba kurangkan penggunaan fon telinga dan jika mahu gunakan, rendahkan sedikit tahap suara.
 
 
Sumber:
 
1)says.com
 
2)Laman Facebook Hello Doktor

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}