Atasi Jerawat Badan dengan Bahan Di Rumah!

Anda pasti pernah terkena masalah jerawat di bahagian badan terutama sekali di bahagian belakang. Menjengkelkan, bukan? Sebenarnya jerawat yang tumbuh di badan boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah anda seperti ubat gigi, serbuk penaik dan juga kulit oren. Jom lihat bagaimana caranya!

Ubat Gigi

Di setiap rumah pasti ada ubat gigi. Ia menjadikan bahan ini sungguh mudah, jimat dan efektif dalam menangani jerawat. Caranya ialah dengan menyapu sedikit ubat gigi pada jerawat dan biarkan ia semalaman. Percayalah keberkesanannya. Ada yang turut menggunakan ubat gigi untuk merawat jerawat di muka. Ada berani nak cuba?

 

Kulit Oren

Kulit oreng mengandungi vitamin C dan asid sitruk menjadikan ia penyembuh jerawat semulajadi. Terlebih dahulu anda perlu letakkan kulit oren di bawah cahaya matahari hingga ia kering sepenuhnya. Kemudian kisar kulit oren tersebut hingga jadi serbuk dan simpan dalam sebuah bekas. Tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dua minggu sekali hingga jadi pes dan sapukan pes oren tersebut ke atas jerawat. Insyaallah mujarab!

 

Serbuk Penaik

Tahukah anda serbuk penaik boleh dijadikan skrub untuk kulit lebih lembut,bersih dan cerah semulajadi? Ia juga digunakan untuk merawat jerawat. Namun anda perlu pastikan agar tidak menggunakannya lebih daripada dua kali seminggu. Ini adalah kerana ia mengandungi konsentrasi alkali yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah pada kulit.

Cara untuk membuat skrub ini ialah anda perlukan dua sudu serbuk penaik dan sedikit air. Kemudian campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes pekat. Akhir sekali gunakan pes tersebut ke atas kulit dengan lembut dan cuci dengan air sejuk.

 

Semoga berjaya mengubati jerawat dengan langkah-langkah mudah seperti kami kongsikan di atas ya!

 

Sumber: Majalah EH!

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}