Asal Usul dan Serba Sedikit Tentang Terung

Terung dipercayai berasal dari India dan tumbuh liar di negara itu. Kemudian pada abad ke-5 sebelum masihi,  ia mula di tanam di China.Pada abad ke-14 pula, ia mula diperkenalkan di Afrika sebelum Zaman Pertengahan dan kemudian mula memasuki Itali. Setelah itu ia mula tersebar ke seluruh Eropah dan Timur Tengah. Hari ini, Turki, Itali,  Mesir, Jepun dan China merupakan antara negara penanam terung yang terkemuka.

Disebabkan pengaruhnya  di seluruh dunia, ia boleh didapati dalam pelbagai jenis masakan di negara yang berbeza. Sebagai contoh, di Perancis, ia merupakan salah satu ramuan utama dalam hidangan ratatouille. Manakala di negara Timur Tengah, sayuran ungu ini akan dihancurkan dan diadun dengan bahan-bahan lain seperti tahini untuk menghasilkan baba ghanoush, krim pencecah yang dimakan bersama roti pita. Di Jepun pula,  terung jeruk pula merupakan antara hidangan yang popular.

 

Menarik Tentang Terung:

  • Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis, bentuk, warna dan saiz.
  • Kandungan antisionin yang terdapat dalam tumbuhan ungu gelap ini berkeupayaan membantu melindungi kesihatan jantung.
  • Terung juga mengandungi bahan kimia yang dinamakan nasunin. Ia boleh membantu meningkatkan aliran darah ke otak.
  • Pelbagai cara penyediaan dan kaedah serta masakan yang boleh dibuat bersama terung, antaranya seperti memanggang, mengukus, merebus atau menggoreng. Mengukus dikatakan antara kaedah yang dapat mengekalkan tahap antioksidan paling efektif.
  • Kini para saintis dan penyelidik sedang dalam usaha untuk mendapatkan cara bagi mengurangkan rasa pahit terung dan memaksimumkan antioksidan dalam terung.

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}