Arthritis: Ketahui Punca dan Jenis-Jenisnya – MyLustre.com

Arthritis: Ketahui Punca dan Jenis-Jenisnya

Anda mungkin pernah dengar tentang arthritis. Tetapi tahukah anda apa ia sebenarnya? Arthritis ialah sejenis penyakit yang boleh mendatangkan kemerahan, kesakitan,  bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab ia berlaku adalah disebabkan oleh penyakit genetik, kerosakan sendi dan juga disebabkan oleh jangkitan kuman.

Di kalangan orang dewasa, jenis-jenis arthritis yang selalu menyerang ialah gout, osteoarthritis (OA), arthritis rheumatoid dan arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Berikut adalah ciri-ciri 4 jenis arthritis ini:

 

OSTEOARTHRITIS (OA)

  • Paling lazim dihidapi
  • Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
  • Warga tua lebih kerap menghidapinya
  • Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
  • Menjadi lebih sakit di penghujung hari

 

RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

  • Wanita lebih ramai menghidapinya
  • Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
  • Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
  • Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
  • Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

 

ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN

  • Berpunca daripada kuman
  • Anda selalunya demam dan menggigil
  • Biasanya menyerang satu sendi sahaja

 

GOUT

  • Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
  • Lazim menyerang lelaki pertengahan umur
  • Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki

 

Perlindungan Sendi

Anda harus melindungi sendi anda daripada kerosakan. Antara yang boleh dilakukan ialah:

 

  • Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
  • Kurangkan tekanan pada sendi dengan menggunakan alat pembantu seperti penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
  • Elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai bagi penghidap osteoathritis lutut. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi.
  • Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.

 

Arthritis boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan risikonya.

 

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}