Apakah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)? – MyLustre.com

Apakah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)?

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah keadaan yang boleh mengganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita, 2 hingga 26 wanita akan menghidapi masalah ini.

Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar berbanding ovari-ovari yang normal dan mempunyai dua kali ganda folikel (ruang kosong dalam ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi).

Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tidak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.

 

Apakah gejala-gejala PCOS?

  • Haid tidak teratur atau tiada langsung
  • Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan (hirsuitism)
  • Kepala botak
  • Berat badan berlebihan naik dengan cepat dan susah diturunkan
  • Kulit berminyak dan senang naik jerawat
  • Sukar untuk hamil
  • Kemurungan dan masalah psikologi

Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, namun ada yang mengalami gejala yang melampau.

 

Apakah sebenarnya punca PCOS?

Tidak diketahui, namun ianya diwarisi. Jika ibu, saudara-mara atau adik beradik anda mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS juga meningkat.

Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan:

  • Hormon testosteron (hormon lelaki) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki
  • Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat.

Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki (testosteron) yang tinggi.

Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?

Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan diagnosis dilakukan dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.

Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah:

  • Haid tak teratur, atau tiada langsung
  • Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik.

 

Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?

  1. Kerintangan Insulin / Diabetes

Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes.

1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti. Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya:

  • Umur lebih 40 tahun
  • Sejarah keluarga mengidap kencing manis
  • Menghidap kencing manis ketika hamil
  • BMI melebihi 30

 

  1. Tekanan darah tinggi

Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan utk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yg tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.

  1. Kanser

Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita. Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone.

Sama ada anda mahu menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim (Mirena). Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak. PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.

  1. Kemurungan dan perubahan mood

Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri

 

PCOS boleh sembuh?

PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS.

Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.

 

Rujukan:

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439
  2. https://www.healthline.com/health/polycystic-ovary-disease
  3. https://www.klfertility.com/faqs-about-polycystic-ovary-syndrome-pcos/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}